DLCW KEBANGGAAN MALAYSIA 

Datuk Lee Chong Wei (DLCW), satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Bukan setakat di Malaysia, bahkan seantero dunia, DLCW menjadi salah seorang ikon terbaik dunia bagi sukan badminton.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 21 Oktober 1982, beliau memulakan sinar karier nya dalam sukan badminton pada tahun 1999, ketika beliau berumur 17 tahun.

Pada ketika itu, corak permainan dan prestasi nya, tidak lah sebaik rakan sepasukan yang lain, yang berada dalam Akademi Sukan Negara.

Datuk Misbun Sidek (DMS), yang menjadi ketua jurulatih perseorangan negara pada masa itu, sangat rigid dengan pemilihan, corak latihan dan daya tahan pemain.

DMS pernah berkata, “saya tidak akan menarik pemain untuk tertarik kepada saya, saya akan tertarik kepada mereka yang berjaya menarik perhatian saya.”

DLCW sangat bersemangat untuk buktikan pada DMS bahawa dia layak berada di bawah bimbingan DMS.

Justeru, ketika rakan sepasukan yang lain berhenti rehat, beliau tetap meneruskan latihan nya sehingga tangan nya melepuh.

Maka, bermula lah detik permata nya digilap agar lebih menyerlah.

Menurut DLCW, sistem rejim latihan DMS lah membuatkan dia menjadi orang berjaya dalam karier badminton nya.

“Kebanyakan pemain muda sekarang ini, melihat saya seperti paling senang dengan kejayaan yang dikecapi ini, tetapi waktu dahulu semasa di bawah Misbun, tiada siapa pun nampak perit-jerih latihan yang saya hadapi.” Datuk Lee Chong Wei.

Kini, meskipun dia adalah ayam tambatan negara, latihan nya cukup ketat.

Setiap sesi latihan, bermula seawal 6.30 pagi tanpa henti sehingga 11 pagi.

Menurut DLCW, bakat sahaja tidak mencukupi. Perlu bakat, disiplin tinggi dan fokus terhadap tugasan.

Menyaksikan perlawanan akhir kelmarin dalam merebut pingat emas acara perseorangan lelaki, pada sukan Komanwel Gold Coast di Australia, buatkan saya tidak senang duduk.

Bertempat di Carrara Sports and Leisure Centre, beliau menewaskan pemain Nombor Satu Dunia, Kidambi Srikanth dari India dengan pungutan markah 19-21, 21-14, 21-4.

Ada 3 poin yang saya simpulkan, dengan perlawanan akhir ini.

# – 1 – Pilihan ke-2

DLCW adalah pilihan ke-2 untuk acara perseorangan lelaki dalam sukan badminton di Gold Coast ini.

Manakala, Srikanth merupakan pilihan pertama perseorangan lelaki.

# – 2 – Umur 36 tahun

DLCW berumur 36 tahun, manakala umur Srikanth 25 tahun.

Beza 11 tahun.

Dari segi kepantasan, tenaga dan momentum, berpihak kepada Srikanth.

# – 3 – Hatrik emas

Kemenangan DLCW secara hatrik emas dalam sejarah sukan Komanwel.

Emas pertama beliau pada sukan Komanwel, acara perseorangan lelaki, pada tahun 2006 di Melbourne, Australia.

Emas ke-2 beliau pada sukan Komanwel, acara perseorangan lelaki, pada tahun 2010 di Delhi, India.

Pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, beliau tidak menyertai nya kerana kecederaan pada hamstring.

Dan emas ke-3 beliau pada sukan Komanwel kelmarin, di Gold Coast, Australia.

Namun, menentang Srikanth menurut DLCW, perlukan semangat yang luar biasa.

Beliau tidak berputus asa apabila kalah pada set pertama dengan pungutan mata 19-21.

DLCW mengakui bahawa, kelebihan berpihak pada Srikanth kerana pemain India itu jauh lebih muda daripadanya, yang pastinya energetik.

Namun, dia gunakan semangat kental nya dan pengalaman berharga nya untuk menundukkan Srikanth.

Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ke-5 buat DLCW ke atas Srikanth, daripada 6 kali pertemuan mereka sebelum ini.

Sebagai peminat sukan Badminton, selama saya menyaksikan perlawanan DLCW, saat paling epik buat saya ialah pada Sukan Olimpik Rio De Jeneiro di Brazil pada tahun 2016.

Apabila dia berjaya kalahkan musuh tradisi dan musuh seteru nya, Lin Dan pada peringkat separuh akhir perlawanan perseorangan lelaki.

Upacara penyampaian pingat untuk DLCW semalam, buatkan saya bergenang air mata. Gembira, sedih semuanya bersatu pada satu perasaan yang sangat sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sebaik Lagu Negaraku dialunkan, beliau berdiri tegak lalu tabik hormat sambil melihat kibaran bendera Jalur Gemilang yang dinaikkan.

Terngiang-ngiang di telinga saya, komentar beliau bahawa, “setiap kemenangan saya, saya dedikasi kan buat Malaysia.”

Menurut Pengarah Program Podium, Tim Newenham, melabelkan beliau atlet paling berdedikasi di Malaysia.

Menurut Newenham lagi, DLCW adalah seorang atlet yang menakjubkan.

Beliau meneruskan perjuangan nya dalam sukan menerusi disiplin dan dedikasi nya yang menebal, sangat wajar jadi suri teladan buat atlet lain.

Sukan Komanwel 2022 di England nanti, pastinya saya tidak dapat melihat aksinya lagi.

“Kalau DLCW penat, berehatlah. Jasa mu tiada galang gantinya demi Malaysia.”

Leave a comment