UJIAN DAN KURNIAAN ITU HADIAH TERINDAH DARI DIA❤

Mendapat perkhabaran rakan taulan di sekitar Kota Belud dan Penampang dilanda banjir yang agak teruk.

Hujan turun sejak petang kelmarin tanpa henti. Sekarang ini pun masih lagi hujan rintik-rintik.

Semoga Allah Permudahkan buat kalian yang Allah Uji dengan bah ini.

Hadapi dengan tenang, mengeluh jauh sama sekali kerana ia akan menjadikan kita kufur pada UjianNya.

Setiap kita ini, Allah Atur dengan ujian masing-masing.

Ada yang diuji dengan bah sebegini.
Ada yang diuji dengan anak-anak yang kurang menjadi.
Ada yang diuji dengan pasangan kurang menyokong bisnes kita buat.
Ada diuji dengan jualan yang sendu.

Usah kita fokuskan pada yang menggetar emosi galau, hiba yang boleh meremukkan telaga kekuatan diri.

Hadapi dengan tenang.
Hadapi dengan syukur.
Hadapi dengan redha.

Fokuskan pada apa yang kita ada yang menjadi sumber kekuatan diri.

Bah ini, boleh jadi menjadikan kita lebih berwaspada dengan siap siaga yang sangat rapi pada suatu bencana alam sebegini.

Pastikan merencana 2,3 alternatif sebagai langkah pengawasan untuk menghadapinya.

Yakin sahaja, di sebalik ujian ini pasti disusuli kegembiraan.

Anak-anak kurang menjadi, lihat dan renung mereka sedalamnya saat mereka lena di pembaringan. Saat ini, sangat pasti kita akan menghargai kehadiran mereka dalam hidup kita walau seteruk manapun kemenjadian mereka.

Biar mereka lemah akademik namun, mereka kuat pada asas akidah kerana itulah yang menyempadani mereka sebagai makhluk yang meyakini wujudnya Allah.

Solat kena buat walaupun belum baligh.
Solat wajib buat walaupun di mana berada.

Tartilkan bacaan solat mereka. Buat spot check agar mereka bukan setakat acting.

Kalau pula dapat pasangan yang on off sokong kita buat bisnes, kenali masa paling cun untuk jelaskan kepada dia apa matlamat kita buat bisnes, apa yang kita mahu dia buat untuk kita waima sekadar redha itu pun meminta dengan tulus pasti akan lulus.

Itu yang kadang tidak mendapat dukungan kerana kita tiada round table dengan suami.

Tidak pandai ambil hati suami.

Kalau telah buat semua cara, namun suami tetap tidak sokong kita, bermakna ada sahaja masalah yang sentiasa menghambat kelak.

Melihat kawan yang bisnesnya kencang, bisnes kita pula suam-suam kuku kakiku, istighfar dahulu kemudian raikan dan berikan sokongan moral kepada kawan tadi.

Tanpa istighfar yang kita hayati maknanya, pasti sahaja berdetik rasa iri, cemburu sehingga kita kufur.

Boleh jadi bisnes kawan itu meletop-letop kerana punyai strategi yang sangat menjadi. Peliknya strategi yang sama kita pula tidak menjadi, boleh jadi bisnes kita menjadi itu pada suatu sisi yang lain.

Kita punyai masa yang banyak untuk bersama dengan anak-anak, pasangan dan kaum kerabat yang lain.

Boleh jadi juga, kekuatan dan kemenjadian kita pada hobi kita yang kita tekuni dengan semangat yang tidak pernah patah.

Kerana kita melakukannya dengan sepenuh jiwa, ada duit masuk Alhamdulillah, ada duit keluar Alhamdulillah, langsung tiada duit pun Alhamdulillah.

Justeru, kita berbisnes sekarang ini, kita jual produk atau servis itu sebab mahukan duit semata-mata atau separuh duit separuh minat atau separuh nyawa kerana minat.

Walaupun kedengaran pelik, namun pengalaman sendiri duit itu mudah masuk bila kita minat buat.

Ada jualan atau tiada, sama sahaja. Galau menjauh. Belanja duit pula sepertinya menang loteri. Padahal ianya setakat itu sahaja.

Belanjakan duit dengan gembira dan untuk orang lain.

Pokoknya di sini, ujian yang sedang melanda pada kita ini, melihatnya sebagai butiran-butiran kristal di sebalik lumpur nan pekat.

Syukur, tenang, gembira dan redah dalam redha yang sangat tulus.

Selepas itu, bersedialah untuk menerima perkhabaran gembira yang kalau difikir dengan akal logik, mustahil namun bagi Dia yang bersifat Ya Rozzak, tiada mustahil. Tiada awal tiada jua yang akhir bagiNya.

#MO
Kalkatu Biru

BERCUTI PENDEK

Hari ini, 27/6/2020, pertama kalinya pergi bercuti selepas tempoh PKP.

Sepatutnya 31/3/2020, kami mendaftar masuk di salah sebuah hotel kegemaran kami sekeluarga yang terletak di sekitar Kota Kinabalu ini juga.

Namun, pada 13/3/2020 dengan berat hatinya saya terpaksa membatalkan penginapan kami itu kerana wabak pandemik ini.

Walhal, saya telah membayar secara dalam talian kos penginapan kami itu namun, dengan redhanya saya batalkan dan mengganggap sahaja kami tiada rezeki untuk bercuti pendek pada hujung Mac itu.

Akhirnya, hari ini kami mendaftar masuk ke hotel bertaraf 4 bintang di pinggiran bandaraya Kota Kinabalu ini.

Mahu dijadikan cerita, awal tahun ini memang saya mengintai hotel yang sedang kami menginap kini kerana pada tahun 2008 saya dan suami meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2 di sini.

Jadi, memang ada pengalaman indah menginap di sini dan kakitangan pihak hotel pun baik-baik belaka semasa kami menginap di sini pada tahun 2008.

Maka, saya mahu lagi mencipta momen seronok itu untuk mengenang kembali saat-saat bahagia kami untuk kembali menjejak hotel ini.

Namun, saat-saat saya membuat pilihan antara hotel ini dengan hotel yang sama bintang dan berdekatan dengan hotel ini, entah mengapa tiba-tiba saya tergerak hati mahu mencuba yang hotel satu lagi.

Mungkin juga kerana kami tiada pengalaman menginap di hotel itu dan kami mahu mencuba merasai pengalaman baharu itu.

Allah Maha Pengatur.

Akhirnya, 2 minggu yang lalu saat saya mengintai hotel, terlihat paparan harga yang kurang masuk akal.

Nah, bagai orang mengantuk disorongkan bantal.

Lantas, saya membuat tempahan di dalam talian dan membuat pembayaran.

Maka, hari ini Allah Izinkan kami bercuti pendek di hotel yang sungguh menggamit rasa ini.

Benarlah. Kalau memang rezeki itu tidak akan ke mana. Kerana untuk tahun ini, saya tiada perancangan untuk menginap di mana-mana hotel selepas wabak ini berleluasa.

Apa lagi kami akan bercuti panjang pada akhir tahun ini, namun hari ini ternyata di sini rezeki kami yang Dia Aturkan.

Nombor bilik yang menjadi kenangan untuk keluarga kecil saya ini abadikan dalam memori indah kami.

Pintu utama masuk ke bilik.

Bahagian ruang tamu.

Mini bar, sebelah kiri pintu utama.

Siap ada peti sejuk mini.

Maggie cup itu kami siap beli awal, sebelum mendaftar masuk pagi tadi.

Ini bahagian meja kerja.

Suami menyesal tidak bawa komputer ribanya.😂

Ini bahagian ruang tamu dari sisi pintu bilik tidur.

Ini view dari bilik ruang tamu.

Selak sahaja langsir itu, luas pemandangan nun langit membiru.

Bahagian pintu masuk ke bilik tidur.

Ini view dari sudut kiri katil bilik tidur.

Puas menonton movie kegemaran masing-masing.

Suami menonton di ruang tamu, saya dan anak-anak menonton di bilik tidur.

Bahagian kerusi malas yang santai sambil menonton movie mahupun membaca buku.

Multazam siap demo bersantai sambil menonton movie HBO.

Dia siap cop kerusi malas tu, sebaik sahaja kami memasuki ruang bilik tidur ini.

Pemandangan dari bilik tidur.

Tidak sabar menunggu masa matahari terbenam nanti.

Bilik tidur, katil bersaiz king.

Lorong menuju ke bahagian wardrobe dan bilik mandi.

Lorong menuju ke bilik mandi.

Sebelah kanan adalah wardrobe.

Sebelah kiri yang berpintu berkaca itu adalah bilik mandi.

Tandas.

Toiletries.

Tab mandi yang menjadi port kesukaan anak-anak.

Kolam renang ditutup pun tidak mengapa, janji ada benda ni.

Sesi berkubang pasti berulang kali.

Semua suis dalam bilik ni, suis digital.

Alhamdulillah, Allah Rezekikan kami malam ini dengan pengalaman yang sangat mengujakan ini.

Pasti lepas ni, saya kena kumpul duit lagi untuk ambil bilik tahap macam ni.

Anak-anak pasti mahukan bilik begini sekali merasa pasti mereka meminta sebegini.

Perbezaannya tahun 2008 dan 2020 ini.

Pada tahun 2008, suami yang membuat kejutan untuk menempah bilik suite ini sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2.

Pada tahun 2020, saya pula yang membuat kejutan pada dia untuk menempah bilik suite ini.

Pada tahun 2008, dia yang membayar kos penginapan.

Pada tahun 2020 ini, saya pula yang membayar atas kapasiti ‘tabung cuti’ yang saya simpan hasil daripada kelas-kelas saya buat dari rumah.

Sangat seronok dan bahagia yang am at sangat apabila saya melihat raut muka suami dan anak-anak yang kegembiraan sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik suite ini.

Terima kasih Ya Allah.❤❤❤

#MO

CARA MUDAH MAKBULNYA DOA

Sekali-sekala bolehlah kita belanja orang lain untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang ataupun makan malam.

Boleh pilih salah satu berdasarkan kelapangan, kesediaan dan kemampuan masing-masing.

Paling seronok dan bahagia belanja orang yang kita tidak kenal, yang pada sosok tubuhnya tiada apa-apa yang boleh memberikan kita imbalan.

Sekadar belanja kerana kita mahu berkongsi pahalanya mungkin dengan orang tua kita sama ada mereka masih hidup mahupun telah kembali kepadaNya.

Boleh juga untuk diri sendiri ataupun orang lain yang kita sayangi dan hargai dalam hidup kita.

Mula-mula, sambil menjamah makanan di mana-mana medan selera, perhatikan sekeliling. Siapakah yang mahu kita kongsikan rezeki bersama.

Setelah itu, kalau dia bingkas menuju ke kaunter bayaran, boleh jadi kita lupuskan niat itu dan pilih orang lain lagi.

Boleh juga kita bingkas dan beritahu orang itu yang kita bayarkan makanannya.

Mana-mana pun boleh, ikut seselesa kita.

Kalau pula kita dahulu yang bingkas menuju ke kaunter bayaran, bayarkan sekali untuk dia yang kita mahu kongsikan rezeki bersama.

Kalau tidak mampu bayarkan semeja yang duduk sampai bertiga, mulakan mereka yang duduk seorang semeja.

Nikmat memberi ini luar biasa indahnya apabila kita memberi kepada mereka yang dari luarannya tiada apa-apa yang berbentuk imbalan buat kita.

Kalau yang kita kenal boleh jadi kita memberi sebab mahu dipuji. Boleh jadi rasa terpaksa sebab kita yang bergegas duluan ke kaunter bayaran daripada orang yang kita kenal itu.

Nah, kalau yang tidak dikenali kemudian luarannya seadanya sahaja mana mungkin kita mengharapkan balasan kebaikan daripadanya melainkan kita mengharapkan kebaikan itu daripada Dia Yang Maha Pemurah.

Nah, inilah juga salah satu cara mudahnya makbul hajat kita yang menggunung tinggi.

#MO
Kalkatu Biru