SISTEM HARI JUMAAT


Hari Jumaat sinonim dengan Penghulu Segala Hari.

Apatah lagi hari Jumaat, hari lain pun kena ada sistem.

Jumaat begini, pastikan Kahfi sudah dibaca. Sedekah masjid.

Maksudnya, hidup lebih teratur bila ada sistem.

Hari ini kita perlu buat apa. Besok buat apa. Tulat buat apa. Semua ikut sistem.

Tiada masalah blank lagi sampai tidak tahu mahu buat apa. Semuanya berdasarkan sistem yang kita bina sendiri berdasarkan masa dan kelapangan diri sendiri.

Sistem ini, yang kita bina sendiri, kita yang atur sendiri. Bukannya ikut masa dan cara orang lain.

Kahfi itu boleh kita baca pada :

➡ selepas solat Maghrib malam Jumaat.
➡ selepas solat Isyak malam Jumaat.
➡ selepas solat Subuh pagi Jumaat.
➡ selepas solat Dhuha pagi Jumaat.
➡ sepanjang hari Jumaat, sebelum masuk waktu Maghrib.

Boleh lah pilih mana satu masa yang sesuai dengan kita.

Saya sendiri, buat KPI.

Kahfi itu mesti setel sebelum solat Jumaat.

Kalau ikut jadual peribadi, selepas solat Maghrib pada malam Jumaat, mesti setel.

Kalau ada hal kecemasan selepas Maghrib, barulah dibawa waktu baca Kahfi itu ke pagi Jumaat selepas solat Dhuha.

Solat selepas Isyak pada malam Jumaat, jarang sekali saya baca Kahfi sebab, feel masuk tidur sinonim lepas solat Isyak.

Oh ya, saya ada kelas malam sampai 9 pm. Lepas kelas baru solat Isyak. Biasanya lepas solat Isyak tu, mata saya auto katup.

Ada orang boleh baca lepas solat Isyak. Kita sendiri ikut mana yang fit dengan diri kita. Tidak perlu ikut cara orang lain.

Untuk suami, kita isteri, boleh titipkan atau pesan duit masjid. Masuk sahaja ke dalam masjid, terus masukkan duit itu ke dalam tabung masjid.

Pesan dengan suami, semasa memasukkan duit itu, sertakan doa dalam hati, yang baik-baik untuk kita sekeluarga.

Memandangkan saya diberi mandat oleh suami sebagai Menteri Kewangan, maka setiap minggu pada hari Jumaat seperti hari ini, memang saya sediakan duit masjid untuk suami.

Duit masjid ni memang saya asingkan setiap bulan.

Ada khas bahagiannya. Tabung Masjid.

Berapa nilainya, terpulang pada masing-masing. Nilai nya kurang penting. Konsisten berbuat, itu yang paling penting.

SADO KAN DIRI

Imej dan personaliti kena jaga. Apalagi kalau kita ini, seorang peniaga, orang biasa pun wajib jaga. Asalkan kita makhluk Allah, cuba sebaik mungkin untuk menjaga imej dan personaliti kita.

Dari sisi seorang peniaga, belajar kunci mangga ber alarm tinggi. Ada isu viral, zip mulut komen kurang baik, yang semarakkan api kecil jadi besar dan menjadi Maggie Cukup Rasa.

Apabila audiences terbaca komen kita, mahu tidak terkejut gibbon melihat komen kita.

Sebelum ini, kenampakan kita baik sahaja. Posting di dinding muka buku kita, baik-baik sahaja. Jauh sama sekali, membombay.

Apabila kenampakan komen kita sebegitu rupa, kita menggali dan kambus diri sendiri.

Ramai melihat jualan kita ini, ditentukan oleh kualiti produk yang tiada tara tanding nya. Laris jualan selicin batu marmar kerana sistem jualan yang padu, jitu dan sistematik. Agent yang aktif, daya kepimpinan yang dinamik.

Sedangkan jualan itu sederas air terjun Niagara, kerana gabungan human skills, teknikal skills dan spiritual skills.

Imej dan personaliti itu dalam human skills.

Teknikal hebat merentas 7 benua, spiritual hebat merentas 7 lautan, namun human skill membeku jadi air batu, tidak akan ke mana.

Habis itu, perlukah semuanya sempurna baru kita bertindak?

Nope!

Mulakan apa yang kita ada. Tidak akan pernah kunjung tiba, masa yang sesuai dan kemahiran yang sempurna.

Namun, sambil jalan sambil baiki kelompangan dan kebocoran di sepanjang jalan kita lalui.

Sama ada isu itu betul atau tidak, sebagai seorang peniaga perlu ada sikap atas pagar.

Kalau pun, ‘gian’ mahu memberi komen, pastikan komen yang baik-baik sahaja.

Alangkah ruginya kita, jika isu itu salah. Menjadi fitnah. Kita tidak tahu pun hujung pangkal nya. Dosa kita menjadi auto-debit.

Jika pula, isu itu benar. Bila mana melibatkan aib orang lain, sama sekali tidak membombay. Biarkan sahaja.
Dapat menyekat dosa auto-debit.

Pokok nya di sini, kita melihat sesuatu isu itu bermanfaat atau sebaliknya.

Jika niat kita beri kesedaran, bukan dengan cara batu api. Memadai lah tag mereka yang berkenaan.

Nampak kedangkalan kita, menjadi peniaga batu api.

Kepada rakan niaga yang lain, belajar rai kan bisnes orang lain. Produk orang lain, jangan burukkan. Anda sendiri sebagai peniaga, put yourself in her shoes.

Ke-dua, saya telah unfriend yang berkenaan sebab, saya tidak perlukan mereka berada dalam senarai kawan-kawan dinding muka buku saya.

Ke-tiga, saya menghormati produk kawan-kawan yang lain. Meskipun dalam niche yang sama, bah kan saya komen yang baik dan membina tanpa sebarang prejudis.

Ke-empat, ingatlah mati. Dunia ini #FATAMORGANA. Sampai bila kita hidup mendabik dada. Manfaatkan media sosial dengan perkara baik-baik sahaja, walaupun kita tidak lah sebaik mana pun.
Ingat ya, diri kita sendiri tentukan siapa kita melalui posting dan komen kita.

Al-Quran dan hadis garis panduan, teknologi manfaatkan selaras dengan iman dan taqwa kita.

BELAJAR MATEMATIK

🐝TEKNIK MENULIS PERKATAAN KEPADA ANGKA🐝

Ini khusus untuk anak-anak yang tahap linus atau melepasi tahap linus namun, agak lemah menguasai Matematik.

Teknik ‘koma’ ini hanya untuk perkataan yang melibatkan ribu.

Untuk sekolah rendah, darjah 3 sudah mula angka ribu.

Cara nya seperti ini :

📌 Mula-mula, buat 3 petak kosong atau 3 garis kosong.

📌 Mulakan dari petak rumah Sa. Atau boleh pakai istilah paling kanan.

📌 Kemudian, selepas 3 petak atau garis kosong itu, baru lah letak koma.

#MummyOhsem 

KUATKAN EMOSI BESI

​Untuk kekal fokus, kita hanya fokus dalam lorong pejalan kaki yang kita pilih berdasarkan jalan menuju kejayaan kita.

Berapa kali, sepanjang kita berjalan dalam lorong pejalan kaki itu, angin sepoi bahasa mahupun angin ribut tropika, menampar pipi gebu kita.

Angin sepoi bahasa dan angin ribut tropika itu hanya lah sekecil hama, dibandingkan dengan pepijat.

Pepijat itu lah dalaman kita.

Pepijat adalah diri kita. Hama itu adalah gangguan kecil di sepanjang lorong hidup kita.

Hama tilam, hama habuk rumah dan sekumpulan dengan nya, biar kan ada kerana hama-hama itu lah buat kita lagi kuat.

Namun, jangan sampai hama-hama itu dapat kalahkan pepijat.

Selama ia tidak dapat kalahkan pepijat, biarkan sahaja.

Kita jatuh menyembah bumi bukan kerana orang lain. Kita jatuh, kalah kerana diri kita sendiri.

Untuk berjaya, kita tidak perlu gagah fizikal. Kita hanya perlu gagahkan emosi. Emosi baik yang menjadi auto pilot diri kita.

Tidak kisah lah, konflik sosial, ekonomi mahupun politik. 

Tumbang atau terpacak teguh berdiri, itu pilihan kita untuk tentukan siapa diri kita 5 tahun daripada sekarang. 

BERBUAT KERANA ALLAH 

​Bila kita mahu gembira kan orang lain, nikmat nya itu Allah saja tahu.

Macam bisnes, kita beri lebih daripada apa yang dia jangka.

Dalam ukhwah pun, sama.

Beri daripada apa yang dijangkakan nya.

Tip untuk kita jaga ukhwah, meski menjeruk rasa paused 3 saat kemudian cari solusi untuk terbalikkan nya.

Kadang-kala, kita sedang bermain rasa sendiri. Memang betul pun, apa kita rasa tu.

Namun, saya suka fikir begini.

Ukhwah itu selain dapat pahala dapat jugak panjangkan umur kita.

Kita mahu umur panjang supaya kita dapat terus berbuat kebaikan untuk menutup lompang dosa sejak azali hingga ke hari ini.

Masa tidak pernah berhenti. Kita pula suka berhenti, melayan jeruk rasa, amarah dan sakit hati kita.

Bisa saja orang yang kita sakitkan hati itu, sedang enak menikmati hidup nya. Kita pula ibarat ayam berak kampung. Berduka nestapa 7 purnama.

Kelmarin saya melawat parents tutee saya yang baru melahirkan bayi.

Pagi ini, saya brekpes Nasi Lemak kegemaran saya dengan seorang peniaga nasi lemak di perumahan saya ini.

Berilah apa yang kita sangat sayang. Inshaa ALLAH 😊 Dia gantikan lebih baik.

Belajar mengalah kerana Allah. Bukan kerana mahu menjaga hati orang lain.

Bila Allah kita letak di hati kita, biarkan satu dunia memusuhi kita, kita senyum simetri saja tanpa perlu angkat senjata. 

#MummyOhsem

Layan emosi 3 saat

AL-QURAN LAMPU SULUH

Masukkan dalam rutin dalam kolum wajib buat, satu group dengan rutin membersihkan rumah dan memasak.

Wajib buat buat sama ada dalam atau keluar mood. Malas atau rajin. Awal atau lambat. Pagi atau malam. Janji, wajib buat setiap hari.

Baca Al-Quran.

Boleh baca pada :

📌 Pukul 4 pagi.
Selepas solat taubat dan tahajud.

📌 Pukul 6.30 pagi.
Sementara menunggu masuk waktu Dhuha, iaitu selepas waktu syuruk.

📌 Pukul 9.00 pagi.
Selepas menunaikan solat Dhuha.

📌 Pukul 12.00 tengah hari.
Sementara menunggu masuk waktu solat
Zohor.

📌 Selepas solat zohor.

📌 Pukul 3.00 petang.
Sementara menunggu masuk waktu solat Asar.

📌 Selepas solat Asar.

📌 Pukul 6.00 petang.
Sementara menunggu waktu solat Maghrib.

📌 Selepas solat Maghrib.

📌 Pukul 7.30 malam.
Sementara menunggu waktu solat Isyak.

📌 Selepas solat Isyak.

Ada 11 waktu pilihan. #PILIH lah dan buat pada keselesaan masing-masing.

Berapa minit?
Berapa muka surat?

Terpulang pada lapang dan selesa nya. Konsisten buat itu, yang perlu mujahadah.

Kadang, seminggu buat, kadang 3 minggu hilang daripada radar, macam mana tu?

Buat Key Performance Indicator (KPI).

Sehari buat target.

Berapa ayat mahu dibaca. Berapa muka surat mahu dibaca. Berapa minit untuk membaca.

Macam tiada masa, sibuk urus kehidupan seharian. Atur anak suami. Masak. Bersihkan rumah. Bisnes online. Kelas sana sini.

Berapa lama aku online di Facebook, Instagram, blog dan melayari Internet?

Berapa lama aku online depan kaca televisyen menonton tele movie, cerita bersiri?

Berapa jam orang lain ada, 25 jam atau sama dengan aku 24 jam?

Aku kurang mahir membaca Al-Quran, tersekat-sekat dan gagap membaca nya.

Boleh sertai kelas Al-Quran di kawasan setempat. Kerap jejak kaki ke surau berdekatan. Taaruf jemaah setempat. Mana tahu ada notis atau maklumat kelas mengaji. Usaha cari, belajar.

Kalau harta benda kita sanggup keluar duit ribu-riban untuk baik pulih kerosakan nya.

Mengapa tidak, kita buat u-turn untuk baiki iman dan taqwa kita pada Nya.

VARIASI WARNA-WARNI 

Anak-anak lekat benar dengan gajet. Sepanjang perjalanan ke sekolah, sama ada pergi ke sekolah mahu pun balik dari sekolah, gajet besi berani mereka.

Kadang, mereka tidak perasan kereta sudah tersadai di tempat letak kenderaan. Sangat fokus pada game dalam gajet.

Ada sekali tu, saya perhati mereka bermain game tersebut.

Patutlah mereka teruja sekali.

Ada serangan, pertahanan, cabaran dan halangan.

Pelbagai bentuk muka bumi. Senjata pelbagai bentuk dan fungsi. Jangka masa yang ditetapkan. Teknikal dan kemahiran.

Baru lah saya faham. Variasi dan warna-warni.

Dalam hidup kita pun sama dengan dunia kecil anak-anak kita.

Kita sepatutnya bermain game.

Game realiti.

Hari-hari rutin yang sama. Bosan pun menjengah. Semangat kendur. Kurang bermaya. Hasil pun biasa sahaja, seperti dijangka.

2, 3 hari ni, saya jadi besi berani siapkan latih tubi untuk kelas akademik.

Selang 2, 3 hari pulak, saya buat rotation buat kaji selidik untuk maklumat produk.

Pusingan seterusnya, buat draft untuk posting di muka buku.

Pusingan seterusnya pulak, sambung nota bisnes.

Untuk rutin harian dalam rumah pun sama.

Saya ada buat jadual kerja.

Membasuh tandas dan bilik mandi, mengelap kipas siling, menyapu lantai, membasuh kain, memasak, kelas Akademik, kelas Al-Quran dan kelas Cepat Baca.

Semua nya teratur dalam satu jadual.

Yang ini tetap. Dalam atau keluar mood, mesti buat.

Rotation itu lah yang berpusing macam gasing.

Dan task rotation inilah yang buat saya sentiasa bersemangat untuk mulakan hari.

Kadang ada masa semangat menjunam ke dasar kerak bumi. Tukar ke pusingan lain. Biar semangat itu naik mencanak sampai mendarat di planet Pluto.

Semangat itu datang mengetuk pintu, apabila kita mula melakukannya.

Selagi kita tidak mula, ia suka memeram telur nya di bawah kerak bumi itu sampai berabad lamanya.

BAWA DUIT SEADANYA 

​Cara kita mengawal aliran keluar wang dalam keluarga kita, hanya membawa amount tertentu, apabila kita keluar rumah.

Jika duit itu dalam akaun bank, hanya keluarkan jumlah tertentu untuk dibawa atau yang dimasukkan dalam dompet duit.

Apabila kita memasuki pusat membeli-belah, sedikit sebanyak menghalang keghairahan kita untuk membeli barang yang berstatus kehendak.

Mata kita ni, suka menarik duit dalam masa yang sama sangat suka menolak duit walaupun pada tahap waras setinggi Burj Khalifa. 

Lepas itu, sebelum dapat elaun dari suami pada hujung bulan, sudah ketap bibir.

Agaknya, siapa yang buat kita ketap bibir tu? Pusat membeli-belah ke diri kita?

Tetapkan sejumlah wang untuk dibelanjakan, setiap kali keluar rumah pada hujung minggu. 

HIKMAH SABAR MENANTI

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin adalah anak jati Pahang. Berkahwin dengan datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (datuk K), yang berasal dari Kedah.

Mereka berkahwin pada tarikh 21 Ogos 2006, mengambil tarikh tersebut sebagai ulang tahun perkahwinan yang ke-30 tahun kepada kedua ibu bapa datuk Siti.

Semasa itu, datuk Siti berumur 27 tahun manakala datuk K berumur 47 tahun.

Pada penghujung tahun 2015, datuk Siti pernah alami keguguran, ketika usia kandungan nya berusia 2 bulan.

Pada ketika itu, umur datuk Siti 36 tahun. Memandangkan umur beliau semakin meningkat, beliau berusaha untuk kali ke-3 menjalani rawatan In Vitro Fertilization (IVF).

Bermakna, beliau telah menjalani rawatan IVF ni sebanyak 2 kali namun, tidak berhasil.

Alhamdulillah, dengan percubaan kali ke-3 ini, beliau pada usia 39 tahun disahkan hamil.

Dalam tempoh rawatan itu, beliau terpaksa duduk dalam bilik selama 3 bulan bagi mengelakkan banyak bergerak.

Hatta turun naik tangga dalam rumahnya, datuk K dukung atau angkat beliau menggunakan kerusi roda.

Selain elakkan beliau banyak bergerak, datuk K sangat berasa kasihan melihat beliau yang sangat berhati-hati apabila menuruni atau menaiki tangga dalam rumah.

Sebab beliau berjalan bongkok atau pun sangat lambat menaiki atau menuruni tangga demi menjaga kandungan dalam rahimnya.

Selepas kandungan beliau berusia 4 bulan, baru lah beliau dapat bergerak dengan sempurna.

Menurut beliau, rawatan IVF ada beberapa peringkat dan Alhamdulillah, beliau dapat melalui peringkat demi peringkat rawatan tersebut dengan baik.

Sebab itu adalah saranan daripada doktor pakar yang memberikan nya rawatan IVF, supaya rehatkan emosi, jangan stress dan tidak boleh banyak bergerak. 

Sangat berbaloi dengan penantian beliau selama 11 tahun untuk dapatkan zuriat. 

Pendakwah bebas, Adam Corrie Lee Abdullah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Adam, berasal dari Pulau Pinang. 

Berkahwin dengan seorang pereka grafik, Fazema Mohd. Fuad. 

Mereka berkahwin pada tarikh 21 November 2008.

Terlebih dahulu, Adam telah memeluk Islam pada tarikh 13 Julai 2007. 

Beliau berasal daripada keluarga Cina yang menganuti agama Buddha. 

Dalam tempoh perkahwinan mereka, Fazema atau lebih mesra dipanggil Fazi, telah hamil sebanyak 3 kali. 

Kehamilan kali ke-4 ini, Fazi hamil anak kembar. 

Namun, pada usia kandungan hampir 2 bulan, berlaku pendarahan yang berbulan-bulan lamanya. 

Sehingga lah bulan ke-4, pendarahan itu berhenti. 

Seorang anak kembarnya, tidak dapat diselamatkan. 

Bermakna, semua anak syurga Fazi, 4 orang semuanya.

Dalam masa yang sama, Fazi berulang-alik jumpa doktor untuk pastikan kandungan seorang lagi itu selamat dan sihat.

Mereka suami isteri sangat tabah.

Kini, Fazi hamil kali ke-4 dengan usia kandungan 5 bulan. Dijangka akan bersalin pada Julai depan.

Meskipun pada umurnya telah mencecah 40 tahun manakala Adam berumur 50 tahun. Belum terlambat untuk mereka dapat zuriat sendiri. 

Fazi berkata, tiada apa tip atau rahsia untuk ikhtiar hamil. Kerana ramai yang private message dia di laman sosial untuk bertanyakan hal itu.

Apa yang Fazi katakan, dari segi kesihatan, segeralah berjumpa doktor pakar. Jangan bertangguh, supaya dapat dikenal pasti masalah kesihatan. 

Oleh itu, suami-isteri kena buat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan kesihatan yang baik mengikut saranan doktor.

Selain itu, Fazi juga berkongsi doa yang mereka suami isteri amalkan sejak awal perkahwinan mereka lagi.

Doa itu diberikan oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.

Surah Ali-Imran ayat 38 :

“Wahai Tuhanku, kurniakan lah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik.”

Yang menarik komentar daripada Adam sendiri yang berbunyi :

“Allah dah bagi kami berbulan madu 10 tahun, Inshaa ALLAH kelak ber-3 pula.”

Komentar Fazi pula :

“Jadikan setiap ujian itu sebagai hadiah dan kasih sayang dari Allah kepada kita.”

“Ujian untuk kumpul pahala. Paling penting, suami isteri sentiasa berkasih sayang.”

Dengan 3 kali keguguran, sangat berbaloi untuk Fazi menanti selama 10 tahun untuk dapat zuriat.

Justeru, siapa kita untuk menghakimi zuriat orang lain.

Masing-masing dengan ujian kehidupan.

Ada diuji zuriat tiada namun, punya suami yang penyayang, keluarga yang mengambil berat dan kawan-kawan baik di sekeliling.

Ada diuji zuriat berderet namun, punya suami life style bujang, konflik dengan keluarga sebelah suami, kawan-kawan yang hipokrit.

Apa pun kenampakan, kedengaran apa lagi ketahuan, ambil ibrah.

Jadilah sebagai daun pandan. Sentiasa mewangi walau dikeji, dicaci mahupun dibenci.

#MummyOhsem

FB : Kasmah Pangagah

DLCW KEBANGGAAN MALAYSIA 

Datuk Lee Chong Wei (DLCW), satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Bukan setakat di Malaysia, bahkan seantero dunia, DLCW menjadi salah seorang ikon terbaik dunia bagi sukan badminton.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 21 Oktober 1982, beliau memulakan sinar karier nya dalam sukan badminton pada tahun 1999, ketika beliau berumur 17 tahun.

Pada ketika itu, corak permainan dan prestasi nya, tidak lah sebaik rakan sepasukan yang lain, yang berada dalam Akademi Sukan Negara.

Datuk Misbun Sidek (DMS), yang menjadi ketua jurulatih perseorangan negara pada masa itu, sangat rigid dengan pemilihan, corak latihan dan daya tahan pemain.

DMS pernah berkata, “saya tidak akan menarik pemain untuk tertarik kepada saya, saya akan tertarik kepada mereka yang berjaya menarik perhatian saya.”

DLCW sangat bersemangat untuk buktikan pada DMS bahawa dia layak berada di bawah bimbingan DMS.

Justeru, ketika rakan sepasukan yang lain berhenti rehat, beliau tetap meneruskan latihan nya sehingga tangan nya melepuh.

Maka, bermula lah detik permata nya digilap agar lebih menyerlah.

Menurut DLCW, sistem rejim latihan DMS lah membuatkan dia menjadi orang berjaya dalam karier badminton nya.

“Kebanyakan pemain muda sekarang ini, melihat saya seperti paling senang dengan kejayaan yang dikecapi ini, tetapi waktu dahulu semasa di bawah Misbun, tiada siapa pun nampak perit-jerih latihan yang saya hadapi.” Datuk Lee Chong Wei.

Kini, meskipun dia adalah ayam tambatan negara, latihan nya cukup ketat.

Setiap sesi latihan, bermula seawal 6.30 pagi tanpa henti sehingga 11 pagi.

Menurut DLCW, bakat sahaja tidak mencukupi. Perlu bakat, disiplin tinggi dan fokus terhadap tugasan.

Menyaksikan perlawanan akhir kelmarin dalam merebut pingat emas acara perseorangan lelaki, pada sukan Komanwel Gold Coast di Australia, buatkan saya tidak senang duduk.

Bertempat di Carrara Sports and Leisure Centre, beliau menewaskan pemain Nombor Satu Dunia, Kidambi Srikanth dari India dengan pungutan markah 19-21, 21-14, 21-4.

Ada 3 poin yang saya simpulkan, dengan perlawanan akhir ini.

# – 1 – Pilihan ke-2

DLCW adalah pilihan ke-2 untuk acara perseorangan lelaki dalam sukan badminton di Gold Coast ini.

Manakala, Srikanth merupakan pilihan pertama perseorangan lelaki.

# – 2 – Umur 36 tahun

DLCW berumur 36 tahun, manakala umur Srikanth 25 tahun.

Beza 11 tahun.

Dari segi kepantasan, tenaga dan momentum, berpihak kepada Srikanth.

# – 3 – Hatrik emas

Kemenangan DLCW secara hatrik emas dalam sejarah sukan Komanwel.

Emas pertama beliau pada sukan Komanwel, acara perseorangan lelaki, pada tahun 2006 di Melbourne, Australia.

Emas ke-2 beliau pada sukan Komanwel, acara perseorangan lelaki, pada tahun 2010 di Delhi, India.

Pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, beliau tidak menyertai nya kerana kecederaan pada hamstring.

Dan emas ke-3 beliau pada sukan Komanwel kelmarin, di Gold Coast, Australia.

Namun, menentang Srikanth menurut DLCW, perlukan semangat yang luar biasa.

Beliau tidak berputus asa apabila kalah pada set pertama dengan pungutan mata 19-21.

DLCW mengakui bahawa, kelebihan berpihak pada Srikanth kerana pemain India itu jauh lebih muda daripadanya, yang pastinya energetik.

Namun, dia gunakan semangat kental nya dan pengalaman berharga nya untuk menundukkan Srikanth.

Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ke-5 buat DLCW ke atas Srikanth, daripada 6 kali pertemuan mereka sebelum ini.

Sebagai peminat sukan Badminton, selama saya menyaksikan perlawanan DLCW, saat paling epik buat saya ialah pada Sukan Olimpik Rio De Jeneiro di Brazil pada tahun 2016.

Apabila dia berjaya kalahkan musuh tradisi dan musuh seteru nya, Lin Dan pada peringkat separuh akhir perlawanan perseorangan lelaki.

Upacara penyampaian pingat untuk DLCW semalam, buatkan saya bergenang air mata. Gembira, sedih semuanya bersatu pada satu perasaan yang sangat sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sebaik Lagu Negaraku dialunkan, beliau berdiri tegak lalu tabik hormat sambil melihat kibaran bendera Jalur Gemilang yang dinaikkan.

Terngiang-ngiang di telinga saya, komentar beliau bahawa, “setiap kemenangan saya, saya dedikasi kan buat Malaysia.”

Menurut Pengarah Program Podium, Tim Newenham, melabelkan beliau atlet paling berdedikasi di Malaysia.

Menurut Newenham lagi, DLCW adalah seorang atlet yang menakjubkan.

Beliau meneruskan perjuangan nya dalam sukan menerusi disiplin dan dedikasi nya yang menebal, sangat wajar jadi suri teladan buat atlet lain.

Sukan Komanwel 2022 di England nanti, pastinya saya tidak dapat melihat aksinya lagi.

“Kalau DLCW penat, berehatlah. Jasa mu tiada galang gantinya demi Malaysia.”