HARI PERTAMA ANAK-ANAK KE SEKOLAH SELEPAS WABAK VIRUS CORONA MELANDA

Alhamdulillah, hari ini rutin anak-anak kembali seperti biasa.

Kembali ke sekolah seperti biasa cuma, bezanya mereka ke sekolah hari ini dengan pelbagai Standard Operation Prosedures (SOP), yang kena dipatuhi agar bebas daripada jangkitan virus Corona ini.

Pastikan mereka memakai pelitup muka, membawa ke sekolah masing-masing sebotol kecil hand sanitizer dan satu pek tisu basah.

Guru sekolah meminta pihak ibu bapa sediakan hand wash. Tapi, saya belum berkesempatan lagi membelinya. Yang berlambak di pasaraya dan banyaknya premis perniagaan di luar sana adalah hand sanitizer.

Ada yang bersaiz kecil, sederhana dan juga saiz besar.

Insyaa Allah, hujung minggu ni saya akan cari hand wash yang bersaiz kecil sekitar 30ml atau 50ml.

Pagi tadi, saya yang hantar anak-anak ke sekolah memandangkan suami terlibat bengkel sepanjang minggu ni, jadi sayalah yang kena turun padang ambil anak-anak balik dari sekolah.

Semasa saya menulis artikel ni, saya sedang parking di luar kawasan sekolah sambil menanti mereka keluar kelas tengah hari ni, sekitar 12:40 petang.

Tidak sabar untuk mendengar pengalaman hari pertama mereka di sekolah hari ni, selepas 4 bulan, mereka tidak bersekolah kerana PKP yang bermula 18 Mac yang lalu sehinggalah PKPP sekarang ini.

Saya pula berasa canggung kerana 5 bulan mereka berada di rumah, sentiasa menemani saya di rumah tiba-tiba pagi ni mereka tidak berada di rumah.

Tercari-cari juga kelibat mereka di rumah pagi tadi.

Kerana saya yang menghantar mereka ke sekolah setelah suami tiba di tempat kerjanya, saya pun bergegas menghantar mereka ke sekolah.

Sempat saya mengiringi mereka sampai di sekitar pondok hadapan sekolah mereka dan sempat merakam detik mereka berbaris memasuki pintu utama sekolah.

Kemudian, saya memerhati lagi dari luar pagar, SOP mereka yang dikawal selia oleh guru-guru yang sedang bertugas di hadapan pintu masuk sekolah.

Nasib baik juga, anak-anak sudah terbiasa membawa bekal ke sekolah sejak darjah 1 lagi jadi, tidak berasa kekok atau janggal apabila salah satu SOP pihak sekolah tetapkan adalah membawa bekal dan makan di meja masing-masing.

Sebelum PKP anak-anak memang saya sediakan makanan seawal 3 pagi sebagai bekal mereka di sekolah.

Jadi, tidak perlu berebut-rebut atau bersesak-sesak berbaris di hadapan kaunter makanan di kantin sekolah, yang kadang kala, ada yang main tolak-tolak.

Selain itu, bila mereka membawa bekal mereka boleh jimat masa untuk makan sebab masa rehat cuma 20 minit saja.

Jadi, kalau bawak bekal tu terus boleh makan tanpa perlu membuang masa beratur.

Sudah pasti juga paling utama dari segi kebersihan semasa pengendalian makanan itulah yang menguatkan semangat saya untuk memasak sendiri bekal anak-anak.

Hand sanitizer, tisu basah dan pelitup muka, telahpun saya demonstrasikan kepada mereka cara penggunaannya selain melihat video yang pihak sekolah sediakan sebagai SOP semasa kembali ke sekolah.

Semoga semua pelajar darjah 5 dan darjah 6 seluruh negara yang kembali ke sekolah hari ini, dipermudahkan segalanya oleh Dia Yang Maha Pengatur.

#MO

#Kalkatubiru

LAMANYA MENYEPI 😍

Sedang saya menekuni anak-anak dan seorang pelajar dalam kelas Sains sekolah rendah petang ini, tiba-tiba saya mendapat mesej daripada blog saya ini.

Rupa-rupanya ada seorang pengikut baharu blog saya ini.

Lantas saya berasa sungguh teruja dan terdetik hati saya untuk menulis posting ini.

Sementelah, agak lama saya meninggalkan blog kesayangan saya ini dek hambatan rutin seharian yang kadang kala, membuatkan saya tercungap-cungap kepenatan.

Mengejar masa untuk menyiapkan bahan kelas untuk anak-anak juga pelajar-pelajar saya.

Kemudian, bergegas pula ke dapur untuk menyediakan juadah makan tengah hari untuk dijamah oleh suami dan anak-anak sekembalinya mereka dari sekolah kelak.

Tidak lama kemudian, usai solat Zohor serta-merta memudah cara anak-anak dan pelajar untuk kelas akademik sesi petang.

Sebelah malam pula, 2 sesi kelas.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib, kelas pertama 7pm-8pm adalah kelas Al-Quran. Disusuli kelas Akademik sejam kemudian iaitu pukul 8pm-9pm.

Justeru, memang padat penjadualan rutin seharian saya.

Manakan untuk menulis panjang lebar dalam blog ini, sedangkan memuat naik posting pada akaun muka buku saya pun, tersasar ke dalam perut bumi.

Sungguh. Anak sulung saya, Muhammad Multazam, akan menduduki peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, 2020.

Maka, naluri seorang ibu yang baharu mengalami fasa anak menduduki peperiksaan besar buat pertama kalinya, membuatkan saya siap siaga untuk mempersiapi dia menuju ke tarikh 1 September 2020 ini.

Selagi tarikh 1 September 2020 ini belum membuka tirainya, selagi itu bebanan itu menghambat diri saya.

Meskipun kejayaan akademik itu bukannya kayu pengukur sebenar kemenjadian seseorang, namun saya sangat mengambil berat akan hal ini agar anak-anak tidak tercicir dan jauh ketinggalan dalam pola persaingan akademik di sekolah.

Saya sedar, Multazam kurang menyerlah dek cuai dalam penjawaban berbanding Izzatul.

Namun, dia sangat berpotensi untuk menyerlah jikalau diasah dengan betul.

#MO

Muhammad Multazam, anak lelaki tunggal saya.

Foto bersama, sewaktu menunggu suami untuk menonton wayang di pawagam di Pusat Membeli-belah Imago, Kota Kinabalu.

RUTIN PERSEDIAAN SEBELUM BUKA SEKOLAH

Inilah salah satu rutin wajib asal mo buka sekolah kan. πŸ˜‡ 

Ikutkan Azam, dia tidak mo potong rambut. Dia mo rambut panjang sikit konon, sebab dia mo pakai gel. 

Selama ini kan, sejak dia lahir sampai lah umur masuk 10 tahun ni, memang kalau potong rambut, botak. 

Dia tidak mo botak sebab, kawan-kawan dia di sekolah ejek dia konon botak. 

Ini lah pengaruh kawan-kawan ni. Terus dia mo pakai gel sebab kawan-kawan nya pakai itu konon.πŸ˜‚

Pujuk-pujuk, jadilah botak nombor 1. Sebelum ni level 0. Ini sudah upgrade level 1 a upaya, ndak nampak licin berkilat kepalanya. Adalah jugak sikit rambutnya. 

Sekali potong rambut RM8. Abahnya RM11. Semuanya RM19. Mahal jugak kan. 

2 sebab tu kenapa mahal. 

First, permintaan terlalu tinggi sebab mo buka sekolah. 

Mana-mana kedai gunting rambut memang sesak. Tunggu turn lagi. 

Kedua, sekarang ni semua mahal. Ini mahal itu mahal.😊 

Jadi, tiada pilihan. Terjah jak la. 

JUMAAT YANG BAHAGIA

Masa berlalu tidak terasa.😊 

Hari ni Jumaat minggu ke 2 bulan Disember 2017. Berbaki 2 minggu lagi sekolah buka sudah. 

Inshaa ALLAH 😊 22 Disember nanti top up mana yang belum lagi dibeli untuk persiapan sekolah Azam dan Izzatul. 

Baju sekolah Izzatul, beg sekolah nya dan stoking untuk dorang berdua belum beli lagi. 

Lain-lain tu sudah beli, hujung bulan November lepas. 

22 Disember ni sampai 1 Januari 2018, kedai buku Popular ada buat YES di 1B.

Memang dia akan buat setiap hujung begini. Sales sampai 90%. 

Beg sekolah Azam masih elok lagi. Dia pun cakap kelmarin dengan saya, tidak payah lah beli beg sekolah untuk nya. Pasal beg sekolah nya tahun ni masih elok dan boleh pakai lagi. 

Cuma nya, beg sekolah Izzatul. Loose skru beg sekolahnya. Jadi, kalau diheret nya pandai terbuka tempat tarik nya tu. 

So, memang kena beli beg sekolah baru untuk Izzatul. Stoking pun kena ada 3 pasang setiap dorang. Boleh tahan sampai hujung tahun.😊 

Saya dan asben sepakat, untuk baju, kasut dan beg sekolah biarlah mahal sikit namun berbaloi. Boleh pakai sampai hujung tahun. 

Kalau di congak pun, lebih kurang sama ja. Kalau beli yang murah, 3,4 bulan kena beli baru lagi sebab susah loose, longgar, koyak. 

Faham ja la anak-anak ni kalau di sekolah, macam Azam dia agak lasak. Main kejar lah, main jadi la, lumba lari la, jadi memang lasak. 

Izzatul baju sekolah dan tudung nya cepat lusuh bila ada kelas Pendidikan Seni Visual. Pakai apron pun pandai kena lengan baju sama tudung nya.😊 

Umur dorang begini, kurang peka lagi menjaga kebersihan pakaian bila berada di sekolah.😊 

PERSIAPAN SEKOLAH UNTUK TAHUN DEPAN

Pagi tadi ambil ubat di farmasi hospital. Sepatutnya 8 Disember. Namun, 8 Disember tu, hari Jumaat. Asben kerja. Jadi memang ndak dapat on time ambik ubat. 

So, pagi tadi awal seminggu ambil ubat. Ndak apa. Supaya makannya konsisten. Teda skip.

Lepas sarapan pagi tadi pigi Centre Point. Saya kalau pigi CP, wajib masuk kedai buku Eaton’s. Sempat beli buku kerja atau buku aktiviti subjek teras untuk Azam dan Izzatul. 

Saya ni, kalau kedai buku pantang ndak membeli. Mesti ada sesuatu yang dibeli. Kalau keluar tanpa beli apa pun, macam ada yang ndak kena. 

Ini pun sedang menunggu YES Popular di 1B. Biasanya bulan 12 ni dalam 2 minggu terakhir dorang buat YES. 

Ni yang saya jaga-jaga. Mo membeli at least 3 buku untuk business dan self enrichment.😊 

Itu pun ndak cukup tu, kalau ikut emosi ni mo 10 buku tu baru puas hati.

Kalau buku aktiviti atau buku kerja sekolah, saya prefer kedai buku Eaton’s. Sebab banyak pilihan dan up to date. 

Kalau pulak buku self enrichment dan business, saya prefer kedai buku Popular sebab banyak pilihan dan up to date. 

Jadi, masing-masing saya ada member card.😊 

Senang cerita, kalau mo cari buku aktiviti sekolah di Eaton’s. 

Kalau mo cari buku self-enrichment dan business di Popular. 

Besok plan mo bawak anak-anak jalan-jalan pigi The Ant Borneo. 

Sudah janji sebelum cuti lagi, jadi wajib tunaikan.😊 

READY BUKA SEKOLAH

Tinggal beberapa hari lagi, buka sekolah.

Alhamdulillah.😊 walaupun tahun ni agak last minutes nak beli keperluan sekolah anak-anak, tapi saya tenang je.

Benda bila kita tenang hadapi, kita dapat berfikir tenang dan jalan keluar pun tenang je muncul. Tak mo la  stress.😩

Sabtu ni last buat persiapan. G barber shop dan buat name tag sekali dengan badge kat kedai jahit.

Selasa lepas try tanya kat Indah Permai ada 1 kedai jahit buat name tag dan badge. Sekali tanya mak aaaii, terkejut badak RM13 sepasang.

Bila congak-congak 6 pasang rm78. Baik buat sendiri.

Lastly, pagi tadi berlakulah eksperimen menekap badge dan name tag baki tahun 2015. Alhamdulillah.😊 menjadi…banyak jimat.

Bahan-bahan diperlukan;

gam uhu

name tag & badge

kain basah

kadbod

seterika

Mula-mula tu, kita ambik kadbod dan letak Kat dalam area baju yang kita nak lekap name tag @ badge tu. Ia sebagai pelapik supaya gam uhu tu tak melekat kat kain baju.

Ambik gam uhu kita picit dan letak kat belakang name tag @ badge.

Then, kita lekatkan kat tempat yang sepatutnya kat atas baju anak.

Kemudian, ambik kain basah tadi tekap kat name tag @ badge yang kita dah lekat kat baju anak tadi.

Ambik iron yang telah dipanaskan then tekap kat name tag @ badge yang kita basahkan dengan kain basah tadi.

Dah kering, boleh tanggalkan kadbod Kat dalam baju tadi. Taraaa… Dah siap!

Gamble je buat, tau-tau menjadik la! Alhamdulillah.😊

PERSIAPAN SEKOLAH 2017

Plan dari rumah mo pigi IP, sebelah Klinik Sihat ada kedai ntah apa namanya tadi, ada jual kelengkapan sekolah yang agak murah. 

Sampai ja, kualiti materialnya bagus. Murah sikit dari Shopping Mall Servay yang biasa saya beli. 

Tapi kan, sudah namanya perempuan mo juga survey harga di Servay tu, buat perbandingan. 

Nah, pigi lagi Servay Likas. Bila sampai material di kedai IP jauh lebih bagus dari Servay. Menyesal tahap gaban pulak tadi tidak terus beli. 

Nasib jugak di Servay tadi, beli kasut sekolah dan socks sekali. Tidak la juga pigi Servay tiada terbeli. 

Sampai Sulaman Sentral pula, Aduiii…menyesal juga terbeli tudung sekolah adik 2 helai pulak tu! Longgar mo pakai pin pun kesian juga nanti kalau berpeluh menggaru la  dia. 

Mo alter tu. Sempat juga saya beli sehelai tudung kaler pucuk pisang untuk seminar Sabtu depan di KK. 

Alhamdulillah 😊. Syukur Ya Allah, hari ni saya gembira. Belikan keperluan sekolah anak2, belikan dorang makanan kegemaran dorang dan juga beli tudung untuk diri sendiri. 

Salam Asar dari bumi Sabah. πŸ˜„