TIP BAGAIMANA FOKUS DALAM BELAJAR

Bagi mengukuhkan lagi sikap disiplin anak, dalam menelaah pelajaran semasa berada di rumah, pastikan kondisi persekitaran yang bersifat kondusif.

Hal ini sangat penting untuk dirangkumi bersama aspek yang lain, yang kita telah kenal pasti bagi tujuan kelancaran pembelajaran anak semasa berada di rumah.

Pastikan, faktor pencahayaan yang sewajarnya. Tidak terlalu terang mahupun suram bagi yang menggunakan cahaya daripada penggunaan lampu.

Jikalau pula menggunakan cahaya semulajadi melalui sinaran cahaya matahari dan alam sekeliling pada waktu siang, pastikan pengudaraan yang baik.

Misalnya, meja belajar itu berdekatan dengan tingkap bilik ataupun tingkap bilik tersebut dibuka agar berlaku aliran pengudaraan yang baik.

Boleh juga, gunakan balkoni atau halaman rumah yang ada perabot asas untuk mengulangkaji pelajaran seperti meja dan kerusi.

Pada waktu malam pula, boleh gunakan meja belajar yang disediakan dalam bilik anak masing-masing.

Namun, bagi yang bersekolah rendah, adalah lebih baik mengulangkaji pelajaran di ruangan meja makan. Waima, yang bersekolah menengah seeloknya belajar di ruangan meja makan sahaja.

Hal ini bertujuan, mengelakkan anak terpesong daripada matlamat utama iaitu, mengulang kaji pelajaran.

Jika belajar solo di dalam bilik, tanpa pantauan ibu bapa, banyaknya berbuat hal sampingan.

Bermain gajet secara senyap, mahupun bermain tingting sesuka hati.

Didorong lagi dengan panggilan tilam di penjuru bilik tersebut, memang risiko tewas itu sangat tinggi.

Berduduk, kemudian berbaring, akhirnya berdengkur.

Oleh sebab itu, pastikan dahulu akarnya, baharu kita dapat pastikan tanah yang mana satukah yang sesuai untuk bertumbuh.

Sama ada tanah liat, tanah kebun ataupun tanah pasir.

TERUSKAN BERBUAT KEBAIKAN

Setiap daripada makhluk Allah ciptakan saling melengkapi.

Tiada siapapun yang sempurna, melainkan Dia yang Maha Sempurna.

Bagaimana kita saling melengkapi dan berbagi rasa seterusnya mengasihi sesama makhluk.

Selalu mengingat mati dikala berbaring pada posisi tidur, pasti menjinakkan hati yang keras.

Hati yang tenat dan nazak dengan sifat mazmumah, yang penyebab membusutnya kontena dosa dek hati yang berkarat, berabad lamanya.

Setiap daripada kita, sangat mampu menjadi baik kerana itulah fitrah manusia, suka pada kebaikan.

Selama manapun berbuat kejahatan, pasti pada satu titik yang bertindih akan, melakukan pusingan untuk kembali kepada fitrah manusia.

Kedamaian, ketenangan, kebahagiaan.

Mahirilah apa yang kita miliki daripada bakat yang Allah Beri, kemudian asahnya menjadi tajam setajam bilah mata pedang, yang mampu memberi sinar kilauannya tanpa mengira hujan atau panas, gelap atau terang.

Di saat itu, kita tidak akan pernah berkira sama ada kita perbuat itu mendapat imbuhan dunia kerana kita hanya fokus untuk imbuhan akhirat, memberi tanpa henti, tanpa diganti.

Banyaknya pilihan dalam genggaman jari-jemari kita yang mulus itu, untuk memberi dengan lenggok tari berinovasi dalam memberi.

Lisan dan perbuatan, mahirkan sahaja mana satu yang sebati. Kemudian mazmumah yang lain itu pasti menuruti yang mahmudah itu.

Bila mana mazmumah itu kekal sahaja, meski yang mahmudah itu berabad dibuati, pastinya ada terabak pada mahmudah itu.

Boleh saja, niatnya belum maksimum Lillahi Ta’ala.

Kalau pula tidak, merai perhatian sesama makhluk. Ikhlasnya sipi.

Dambai pujian orang ramai.
Banggai pangkat dianugerahi.
Membongkak harta dan jualan mencanak.

Pasakkan Lillahi Ta’ala dalam apa jua kita perbuati, buatkan kita tidak akan pernah lelah, mengah, tercungap cungap keletihan dalam berbuat kebaikan.

Like sedikit atau membukit, tenang sahaja. Perbaiki olahan posting.

Jualan sendu atau menderu, tenang sahaja. Teruskan rutin di samping kalimah bertali arus, ‘Segala Puji Bagi Allah.’

Kawan tikam terus mahupun sahabat cucuk serong, tenang sahaja. Berpada-pada sesama makhluk, waima pasangan.

Orang menjaja aib kita yang tidak tahu menjadi tahu, tenang sahaja. Setiap manusia ada aib, sama ada ketahuan, kenampakan atau kedengaran sahaja atau tidak.

Berjuta kebaikan diperbuat, satu kesalahan pasti meranapi semuanya. Tenang sahaja. Malaikat Raqib sentiasa mencatat di sisi sebagai bahan bukti pada Hari Perhitungan kelak.

Selama mana nafas berdetak, selagi itu tugas kita berbuat dan sebarkan kebaikan waima sekecil hama sekalipun.

Kerana kebaikan yang kita perbuati itu, adalah mata wang yang kita busutinya meninggi sebagai tukaran mata wang asing buat kita di akhirat kelak.

#MO

MERUNGKAI DAYA FOKUS ANAK DALAM PEMBELAJARAN

Sebelum mencari solusi untuk atasi masalah daya fokus belajar anak, kena kenal pasti puncanya.

Barulah boleh kita gandingkan bersama untuk mengatasinya.

Sebab dan cara mengatasinya.

Sebab ini ibaratnya akar.
Mengatasi pula batang pokoknya.

Jika kita tumpu hanya pada batang pokoknya, mudah tersembab ke perut bumi.

Angin sepoi bahasa meniup lembutpun, rebah terkulai.

Inikan pula ribu taufan, puting beliung yang berskala 7 skala ritcher.

Ada anak yang leka bergajet.
Ada anak leka bermain fizikal.
Ada anak leka menonton televisyen.
Ada anak lemah-longlai dek 2 sesi sekolah.
Ada anak jenis melibas semua makanan.
Ada anak semua dibalun, makanan minda tuisyen bagai, namun tiada berhasil.

Justeru, masing-masing kena celik mana satu penyebabnya. Barulah boleh dirungkai wayar berselirat itu agar melurus.

Apabila kita bangunkan bersama keduanya, agak cepat progressnya berbanding kita membangun hanya salah satu daripadanya.

Sekali lagi saya tekankan bahawa, lain anak lain sebabnya dan cara mengatasinya pula kena ikut berdasarkan sebab itu.

Barulah kita, tidak membuang masa, buang tenaga apatah lagi membuang duit.

Tindakan tanpa mengenal pasti dengan tepat sebabnya, ibarat melepaskan batuk di tangga. Janji ada usaha, meski membuta-tuli.

#MO

TIP MENGURUS MASA DI RUMAH

Walaupun, kenampakan dari status ‘suri rumah’ itu, banyaknya masa senggang dalam rumah, namun bagi saya, secara peribadinya ibarat ‘lipas kudung.’

1 per 1, tugasan perlu dilakukan untuk melancarkan progress rutin harian.

Sebab itu, jadual bagai merata tempat dalam rumah comel saya ini.

Dalam bilik tidur saya, bilik tidur anak, dapur dan ruang meja makan, tertampal jadual.

Pentingnya saya tampal jadual ini, sama ada jadual rutin harian mahupun jadual belajar, supaya tiada istilah seperti di bawah ini :

  • Tidak tahu buat apa

Kadang, sebab kita tidak bergegas awal pagi keluar rumah untuk bekerja ke mana-mana pejabat atau tempat, buatkan kita berasa santai.

Sehingga ada masanya, kita tidak tahu buat apa untuk hari itu.

Tahu-tahu sahaja, telah senja.

Banyaknya masa terbuang, tanpa bermanfaat yang memberi faedah buat orang lain mahupun buat diri sendiri.

  • Kerja bertangguh

Apabila tanpa jadual berkala, kerja dalam rumah pun memanjangnya bertangguh.

Bukan setakat membukit kain baju untuk dilipat, bahkan kerja dalam rumah pun membusut.

Sudahnya, sedikit-sebanyak memberi tekanan.

  • Emosi celaru

Apabila bertindihnya bebanan kerja dalam rumah, tiba-tiba ada hal atau perkara berlaku di luar kawalan yang bersifat ‘urgent’, mahu tidaknya mengundang emosi celaru.

Mengikut kajian, perbandingan individu yang bersifat single-task dan multi-task, hasil kerja yang penuh warna pelangi dan secukup rasa, adalah hasil kerja yang bersifat single-task.

Sekurang-kurangnya dengan adanya jadual ini, membantu kita di rumah memanfaatkan masa sebaik mungkin.

Sungguh, sibuknya kita di rumah sama sahaja dengan wanita yang bekerjaya di luar sana.

Melainkan tiada zuriat, itu memang banyaknya masa senggang, sambil menonton tele novela, bahkan online berjam-jam bagai.

#MO

TIP ANAK MUDAH FOKUS BELAJAR

Apabila saya teliti dan perhatikan, banyaknya sebab anak kurang fokus menghadam ilmu seperti ilmu Al-Quran dan akademik.

Sudahnya, ibarat mencurah air ke atas daun keladi.

• Pengaruh skrin bercahaya

Sama ada televisyen mahupun gajet.

Boleh sahaja, kita beri had masa penggunaan skrin bercahaya ini.

Selain menyebabkan lemah daya fokus dalam menimba ilmu, ia juga memberi impak serius sehingga mengakibatkan rosaknya saraf otak.

Misalnya, hanya 1 jam sehari. Selepas belajar petang, bagi anak yang bersekolah sesi pagi, atau semasa dalam kereta menuju ke sekolah bagi yang bersekolah sesi petang.

Tidak menjadi masalah bagi yang mampu untuk membelikan anak gajet, namun pastikan penggunaan masa yang sebaik mungkin, dengan gajet itu.

• Kurang aktiviti pengukuhan di rumah

Kesilapan ramai ibu-bapa adalah menswastakan ilmu untuk anak, semata-mata hanya pada guru di sekolah mahupun guru tuisyen.

Pastikan setiap kali balik dari sekolah atau kelas tuisyen, tanya apakah yang anak pelajari hari ini.

Soalan kedua, tanya ada kerja rumah atau tidak.

Lagi luar biasa, kita selak sendiri buku latihan dan buku kerja atau aktiviti pengukuhan anak-anak.

Sekurang-kurangnya anak-anak bersemangat melihat kita, bersungguh-sungguh mengambil berat akan perkembangan pendidikan mereka dengan cara begini.

• Pemakanan

Sangat memberi impak maksima pada tahap minda, daya serap sel-sel saraf otak.

Sebab apa juga yang diminum dan dimakan oleh anak-anak, akan diserap menjadi darah yang mengalir dalam tubuhnya.

Bagi yang tidak mampu diserap akan menjadi bahan kumuh dan bahan tinja.

Oleh sebab itu, pemakanan yang kurang seimbang, menyumbang kepada daya aktif sel-sel otak berhubung.

Pastikan pemakanan seimbang, di samping minimumkan minuman dan makanan yang berbentuk segera, sejuk beku, berminyak dan bergula.

Boleh amalkan makanan sunnah dengan mengambil pada kuantiti ganjil.

MAHIR MEMBACA

Ramai juga yang bertanya secara umum mahupun direct message (DM) saya, bertanya akan buku yang saya muat naik kelmarin itu.

Boleh cari di kedai buku. Cumanya, saya kurang pasti semua kedai buku atau kedai buku terpilih sahaja.

Kedai buku akademik mahupun agama, pun boleh cuba.

Boleh juga cuba tanya Pakcik Google, sebab saya tidak pernah membelinya sendiri.

Saya hanya beritahu mereka, ibu bapa perlu sediakan buku ini untuk anak mereka, dalam Kelas Cepat Baca di bawah kelolaan saya.

Mahu dijadikan cerita, pada tahun 2015, seorang tutee saya berumur 6 tahun ketika itu, muslim dan bersekolah tadika cina di sebuah sekolah di pinggir bandar Kota Kinabalu ini.

Dia tidak lancar membaca bahasa. Kenal huruf namun, tidak lancar menggabungkan bunyi dua suku kata.

Lantas, ibunya risau sehingga datang berjumpa dengan saya secara peribadi.

Beliau merayu untuk saya membantu anaknya, waima dikenakan yuran berapa sekalipun, janji apabila buka sekolah nanti, anaknya telah lancar membaca.

Ketika itu berbaki 2 bulan lagi, anak beliau memasuki darjah 1.

Saya masih ingat lagi, pada penghujung Bulan Oktober 2015.

Saya agak keberatan untuk menggalas tugas tersebut, memandangkan tempoh masa 2 bulan itu terlalu singkat. Namun, dek mimik muka dan rayuan ibunya itu, saya bersetuju dengan 1 syarat.

Bahawa, capai objektif 2 bulan dapat membaca lancar atau tidak, bergantung sepenuhnya pada tahap kelajuan memori anaknya itu.

Saya hanyalah ‘pemudah cara.’

Dalam tempoh 1 bulan setengah, ibu kepada anak ini, telah menghantar video kepada saya.

Di mana beliau merakam bacaan anaknya itu, semasa mereka di rumah.

Alhamdulillah, telah lancar dengan segala bentuk bacaan :

2 suku kata terbuka
2 suku kata tertutup
3 suku kata terbuka
3 suku kata tertutup
E pepet
E talling

Inshaa Allah, pada posting seterusnya, saya akan kongsikan sebab-musabab anak lancar membaca, berdasarkan pengalaman saya selama memudah cara golongan mereka ini.

#MO

KEMENJADIAN ANAK

Pagi Jumuah ini, saya mahu berkongsi berkenaan pengurusan masa untuk anak di rumah.

Buatkan jadual belajar untuk mereka.

Ini sangat bagus untuk mereka berdisiplin dan mematuhi jadual belajar tersebut.

Kita mak-mak pula, tahu mereka perlu belajar subjek apa setiap hari sekembalinya mereka dari sekolah atau kalau yang bersekolah sebelah petang, sebelah pagi itu mereka perlu menelaah subjek apa.

Manakala untuk sebelah malam pula, mereka sudah maklum subjek apa yang perlu dipelajari.

Jadual belajar ini sangat bermanfaat kerana, pengisian masa yang berkualiti. Selain itu, mendidik anak supaya fokus untuk menelaah akademik.

Mengikut contoh jadual belajar untuk anak-anak saya ini, semuanya adalah subjek teras.

Walau bagaimanapun, bagi subjek elektif, bolehlah buat ulangkaji 2 minggu sebelum ujian atau peperiksaan pertengahan tahun mahupun akhir tahun.

Inilah cara yang saya praktikkan buat anak-anak saya, bermula tahun lepas.

Subjek teras ini, setiap hari KECUALI SABTU dan AHAD kena buat.

Sabtu adalah kerana hari outing buat kami sekeluarga selain ‘hari gajet’ buat anak-anak.

Manakala hari Ahad pula, adalah hari mereka bersantai, bermain dan ‘masa mereka’ sebelum waktu Maghrib.

Menjelangnya demam peperiksaan, 2 minggu sebelum peperiksaan, ‘masa mereka’ pada hari Ahad itu saya tarik.

Saya manfaatkan sebaik mungkin 2 minggu terakhir sebelum peperiksaan bermula, untuk saya turun padang memastikan mereka belajar.

Usai peperiksaan, hari Ahad itu kembali ke posisi asal ‘masa mereka.’

Hari Satu itu, telah digerudi sedalam berkaki-kaki terpatri, sebagai hari OOTD.

Justeru, untuk anak berjaya, pastinya disiplin dan usaha yang sangat tinggi.

BATU-BATA DIRI

Gembira itu salah satunya, dengan cara kita kongsikannya.

Pada umum, seadanya. Pada keluarga kecil kita, sebanyak yang melimpah ruah.

Sebab itu, sifat semulajadi manusia untuk suka berkongsi rasa gembiranya.

Bagaimana kita boleh kekal dalam trek gembira, hidup dalam keadaan sekarang.

Pada masa kini.

Masa lalu baik gemilang mahupun kelam, tinggalkannya.

Paling tidak pun yang gemilang itu, sekali-sekala dikenang semula untuk merenjat emosi baik kita.

Manakala, yang kelam itu, padam sehingga kita lupa apa, siapa, di mana, berapa dan bagaimana.

Barulah kita berombak energi dalam diri dek kelam itu telah kita hapusinya dari fikiran kita.

Bagaimana pula kita memadaminya sedangkan ia menghantui masa kini kita?

Sibukkan diri dengan tabiat yang bermanfaat untuk orang lain dan diri sendiri.

Pastinya, kita tiada masa, ruang dan peluang untuk kita menoleh dan tertoleh kepada masa lalu itu.

#MO

RUTIN BERWARNA PELANGI

Memang pemasaan saya di socmed ni, lari lintang-pukang, semenjak bermulanya sesi persekolahan.

Seawal subuh, saya bangun awal untuk bersilat gayung di dapur kecil kesayangan saya, demi menyediakan juadah bekal anak-anak ke sekolah.

Usai mereka bertolak ke sekolah, bergegas pula sediakan sarapan sendiri sambil membuat kerja dalam rumah.

6:30 pagi mengadap TV3 ‘Tanyalah Ustaz’ untuk ilmu rohani.

Sekitar 9 pagi Dhuha, disusuli dengan persiapan untuk lembaran kerja kelas anak dan kelas tutees pada sebelah malamnya.

Pukul 10:00 pagi, bermula sesi menggaram gulakan bahan untuk juadah makan tengah hari.

Pukul 1:30 petang, anak-anak kembali dari sekolah. Seusai makan dan solat Zohor, kelas Al-Quran disusuli kelas akademik untuk mereka.

Pada pukul 4:50 petang, masakkan makan malam untuk mereka pula.

Seusai solat Maghrib, sempat pantau kelas belajar anak, sebelum kelas malam tutees, yang bermula pada pukul 7:00 malam.

Sekitar pukul 9:00 malam, selesai kelas malam, solat Isyak, kemudian siapkan bahan untuk bekal besok pagi.

9:30 malam, mata pun terkatup.

Justeru, masa saya untuk munculkan diri di alam maya agak terbatas.

Bagi sahabat muka buku yang memberi komentar pada posting saya, Inshaa Allah, saya akan balas berperingkat.

Bahagian yang saya sempat menjengah dinding muka buku saya ini, Alhamdulillah. Yang kurang sempat, Alhamdulillah.

Allah berikan kesibukan buat saya mengatur urus mereka yang berada di sekeliling saya.

Bagi mereka yang mahu bertanya tentang MAB, Dexandra atau apa jua maklumat berkaitan kendiri, boleh sahaja whatsapp saya, untuk respon sepantas kapasiti 2500 kuda.

Sebarang whatsapps luar daripada 3 perkara ini iaitu MAB, Dexandra dan kendiri, saya tidak akan memberi respon.

Sekiranya pula, main terjah tanpa adab, sambil sembang santai ala di tepi pantai, saya mudahkan kerjanya dengan #BLOCK.

#MO