MAJLIS KHAWIN ANAK SAUDARA

21/12/2021 merupakan tarikh pernikahan dan persandingan anak saudara di kampung kelahiran saya, Kampung Lihak-Lihak Semporna.

Kedua-dua pengantin adalah merupakan anak saudara kepada saya di mana pengsntin lelaki, Supian adalah anak kepada abang saya nombor 2 iaitu abang Majid manakala, pengantin perempuan pula, Rasheemah adalah anak kepada kakak saya juga yang nombor 2 iaitu kak Ramlah.

Kiranya, pengantin ni adalah sepupu sekali. Tapi, ianya bukan dijodohkan oleh orang tua orang kata, pilihan orang tua. Mereka disatukan atas dasar suka sama suka.

Sewaktu saya ceritakan kepada anak-anak saya, mereka sedikit terkejut sebab kahwin sepupu sekali. Boleh kah? Mereka bertanya kepada saya.

Saya jawab, “boleh. Selain keluarga asas, iaitu ibu, ayah, abang, kakak atau adik yang sedarah sedaging, datuk, nenek, saudara sesusuan, selain mereka ini, boleh kahwin.”

Kelebihannya, keluarga dekat-dekat. Kalau balik raya, tidak perlu bahagi masa dan tenpat sebab satu tempat. Banyak jimat dari segi kos, tenaga dan masa.

Kemudian, kita sudah kenal sejak azali lagi. Tidak perlu belajar sesuaikan diri sebab memang dari rumpun keluarga yang sama. Kiranya, masing-masing sudah faham perangai masing-masing. Tidak perlu ‘cover line’ segala.

Kelemahannya. Nasab keturunan tidak berkembang. Masih dalam rumpunan keluarga yang sama.

Apa-apa pun terpulang pada diri sendiri kan. Setiap kejadian itu adalah hikmahnya yang terindah.

Kadang baik pada kita tapi pada orang lain sebaliknya. Pun begitulah sebaliknya.

Foto kami adik-beradik.
Berswafoto dengan pengantin.
Posisi yang sama.
Kedua-dua lelaki ni adalah abang saya.
Di pentas pelamin utama di halaman rumah.
Ni adalah gambar kedua ibu bapa pengantin.
Baju pertama pada majlis sanding sebelah malam.
Baju kedua pada majlis sanding sebelah malam.
Upacara memotong kek perkahwinan sambil disaksikan oleh kedua-dua ibu bapa pengantin.
Ini adalah halaman rumah yang diambil dari sisi hadapan pentas pelamin.
Ini pula diambil dari posisi tempat duduk para tetamu jemputan.
Sesi final touch up pelamin sebelum majlis bermula sebelah malam.
Tradisi kaum Bajau Semporna. Pengantin perempuan akan menarikan tarian tradisi dan para tetamu yang ingin memberikan wang berupa hadiah kepada pengantin dengan menyisip duit berikan itu di celah jari pengantin.
Sempat swafoto dengan kakak ipar.
Sempat berswafoto sebelum saya balik.
Foto terakhir pada malam majlis sanding itu.

Apapun, semoga pengantin kekal hingga ke Jannah. Damai dan harmoni serta bertoleransi dalam hal rumah tangga.

#MO

#kalkatubiru

MALAM TAKBIR RAYA 2019

Suasana malam raya di kampung halaman saya, Semporna.

Anak-anak memang sangat suka bermain bunga api kerana hanya pada saat ini sahaja mereka berpeluang untuk bermain bunga api.

Pada hari dan bulan yang lain, tiada bunga api.

Inilah saat-saat yang sangat dinanti-nantikan oleh Multazam dan Izzatul untuk bermain bunga api.

Apatah lagi, di kampung ini ramainya yang sebaya dengan mereka anak-anak saudara mereka. Jadi, keseronokan itu berganda apabila bermain bunga api bersama-sama rakan sebaya.

Dapatlah juga mereka berdua ini, menikmati suasana kampung dengam bermain bunga api.

Inshaa Allah, pada hujung minggu ini pula, mereka tidak sabar untuk bermain bunga api pula dengan kawan-kawan mereka yang setaman dengan kami di kawasan perumahan ini.

Keseronokan ini sekali dalam hidup, di saat anak-anak bersekolah rendah ini.

Apabila usia menginjak ke alam remaja, keterujaan untuk bermain bunga api ini akan sirna.

Maka, layani sahaja keinginan dan kegahairahan anak-anak bermain bunga api ini.

Tiba masanya, mereka hanya akan menjadi penonton kepada generasi yang selepas mereka yang berada pada usia mereka kini.

#MO

PERKAHWINAN ANAK BUAH

26 November 2017, perkahwinan anak buah saya, Lina, anak sulung abang Ali, abang saya yang nombor 4.

Sedih sebab tidak dapat balik kampung untuk meraikan majlisnya. Sudahlah ini anak sulung abang saya yang kiranya first time dibuat majlis kahwin. 

Masa raya hari tu, memang ada abang Ali inform majlis ni dan request saya balik by wasap untuk majlis anaknya. 

Tapi, macam mana kan. 😇 

Saya baru ja operate. Major operation pulak tu! Balik by kereta dari KK ni pigi Semporna mo 9 jam jugak.😊 

Pagi bertolak, petangnya baru sampai. 

Sedangkan saya sini pun, weekend jalan-jalan pigi mall seperti rutin kami anak-beranak sebelum ini, sakit pinggang saya. 

Ndak boleh saya lama berjalan, lama duduk, atau lama berdiri. Attack di pinggang saya. Rasa ngilu.☺

Kalau masuk kereta tu, lepas jalan di mall, terus saya kasi adjust kerusi tu kasi baring. Kalau setakat menyandar, ndak hilang sakitnya tu. Mo baring jugak. 

Jadi, memang ndak dapat balik kampung.😊 

Nasib baik jugak, ada Kotek, anak buah anak kakak sulung saya, share gambar dan info majlis tu. 

Mudah-mudahan Lina dan asben nya kekal ke Jannah 😍 ya. 

Salam sayang dari aunty long untuk korang berdua. Muaaahhh 😘😘😘