HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2018

Bertarikh 21 November 2018, Majlis Penerima Anugerah Cemerlang (PAC) sekolah anak-anak telah berlangsung.

Setelah bermulanya sesi persekolahan tahun 2019 ini, barulah saya berkesempatan memuat naik dalam blog momen ini.

Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ini, kerana banyak pengorbanan yang kami anak-beranak lalui demi mencapai tahap PAC ini.

Terutama buat anakanda Multazam aka Azam. Dia agak lambat sedikit berbanding anakanda Izzatul.

Apabila sesi belajar di rumah, banyaknya masa saya luangkan untuk aktiviti pengukuhan buat Azam.

Izzatul, memandangkan dia jenis ‘fast learner’ agak berdikari apabila bab belajar di rumah.

Sekali sahaja saya terangkan, mudah untuk dia faham dan aplikasikannya berbanding Azam.

Sebab itu saya banyak kerahkan masa dan tenaga saya semata-mata untuk Azam, supaya dia tidak jauh tertinggal di belakang daripada adiknya, Izzatul.

Setiap tahun, saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi buat Azam. Bagi saya, memadailah dia dalam kelompok 10 terbaik dalam kelas dan juga dalam darjah.

Itu sudah cukup buatkan saya lega, tenang dan gembira.

Berbanding Izzatul, saya meletakkan sasaran yang tinggi kepadanya kerana, daya kemampuan dia dalam akademik sangat bagus.

Namun, Azam ini kelebihannya sentiasa berusaha untuk sama-sama dengan adiknya menaiki pentas akhir tahun.

Itulah yang dia mahukan.

Sebab dia mahu merasai momen menaiki pentas menerima sijil sebagai PAC, yang menjadi tumpuan ramai orang di dalam dewan sekolah itu.

Segala puji bagi Allah. Tahun 2018, sangat bagus pencapaian akademik mereka jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, 2017.

Untuk PAC tahun 2018 :

Azam,

  • 10 terbaik dalam darjah.

Manakala, Izzatul pula,

  • 3 terbaik dalam kelas.
  • 10 terbaik dalam darjah.
  • Mata pelajaran terbaik Bahasa Malaysia (Pemahaman).
  • Mata pelajaran terbaik Bahasa Inggeris (Penulisan).
  • Mata pelajaran terbaik Matematik.

Sungguh. Mengekalkan momentum itu, bahagian yang paling sukar.

Namun, tiada yang mustahil bagi mereka yang sentiasa berusaha luar biasa.

Semoga untuk tahun ini, 2019, kejayaan ini berulang kembali.

Allahumma Aamiin Ya Mujiib ❀.

#MO

REWARDS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN β€

Setelah mencapai KPI saya untuk Multazam dan Izzatul capai semasa peperiksaan pertengahan tahun yang lalu, maka akhirnya Selasa lepas 25 September 2018, pada pukul 1: 35 petang, saya tunaikan ganjaran buat mereka.

Bertempat di Pusat Membeli-belah 1Bornoe, Kota Kinabalu, saya gembirakan mereka setelah agak lama tertangguh.

Sebenarnya, saya sengaja lambatkan ganjarannya sebab mahu berikan mereka ‘feel’ keseronokan itu, supaya ia menjadi pembakar semangat untuk menempuh peperiksaan akhir tahun ini, yang berbaki 2 minggu lagi.

Biar dekat momen seronok itu dengan peperiksaan akhir tahun, supaya rasa itu masih segar dan memberi semangat untuk mereka mencapai KPI saya dalam peperiksaan berdasarkan kemampuan mereka.

4 jam berada di dalam Kidzoona ni, buatkan mereka ‘lupa diri’.

Nasib baik semasa masuk waktu Solat Asar, saya dengan kerasnya berkesan kepada Multazam agar, TIDAK SAMA SEKALI keluar atau mengikut sesiapapun keluar dari tempat tersebut.

Siap saya pesan sekali dekat adik manis dekat kaunter pendaftaran bahawa, saya pergi Solat Asar dan jangan benarkan anak-anak saya keluar dengan siapapun.

Takut juga, namun saya baca sahaja ayat pergantungan kepada Allah.

‘Bismillahi Tawakkal tu ‘Alalloh’.

Multazam pun sudah besar, 10 tahun itu sudah cukup buat dia bertanggungjawab dan berdikari sebab saya melihat sikap itu apabila kami berada di rumah.

Sesuai sangat dengan tittle anak sulung. 😊

Semoga, Multazam dan Izzatul dapat manfaatkan rasa seronok dan teruja ini untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun ini dengan cemerlang.

KPI saya buat mereka, mudah sahaja. Lebih baik daripada yang sebelumnya.

#MO

HARI ANUGERAH CEMERLANG (HAC) ANAK-ANAKΒ 

Rabu lepas 22 November 2017, Hari Anugerah Cemerlang sekolah Azam dan Izzatul.😊 

3 tahun dorang bersekolah di sana, inilah first time dorang dapat award naik pentas.☺ 

2 tahun lepas, saya agak sibuk dengan kelas akademik dan Al Quran untuk tutees. 

Sampai masa saya ajar dorang agak terbatas.😊 

Tahun ni, saya awal tutup semua kelas, jadi saya dapat fokus 2 minggu akhir tu sebelum final exam dorang. 😊 

Memang betullah. 

Kalau kita luangkan banyak masa sama dorang, turun padang, post mortem apa kelemahan dorang dalam subjek tu dan kita betulkan pemahaman dorang, sangat berbaloi πŸ‘. 

Frankly, saya tidak mengharapkan dorang dapat anugerah. Sebab memang saingan sengit. 

Terutama Azam. Dia agak slow motion progress nya. Saya kasi rewards macam-macam pun, memang itulah kemampuannya. 

Izzatul ni agresif. Suka bersaing dan komited belajar. Ndak payah saya suruh belajar, dia ada inisiatif sendiri untuk belajar. So, memang progress Izzatul ni terutama tahun ni, orang bisnes cakap, meroket. 

Mungkin jugak dia passionate mo masuk kelas Anggerik. 

Sebab tahun lepas sebenarnya, dua-dua dorang di kelas terbaik iaitu kelas Anggerik. 

Sekali exam akhir tahun, merudum results dorang sampai kena pindah kelas kedua terbaik iaitu Cempaka. 

Bila saya tanya Izzatul, dia mo di kelas Anggerik. Jadi, itu kali dia tahun ni semangat dan berusaha sendiri mo dapat result terbaik tahun ni, supaya dia boleh masuk dalam kelas Anggerik balik. 

Surprisingly, Azam pun dapat naik kelas Anggerik tahun depan. Jadi, dorang ni sama-sama ja naik kelas Anggerik. Tahun lepas tu, sama-sama turun kelas Cempaka.πŸ˜‚

Yang buat saya terharu, Azam dapat naik pentas. Merasa jugak dia naik pentas terima anugerah subjek Sains Terbaik keseluruhan darjah 3.

Daripada 5 orang terbaik tu, dia di tangga ke 3 terbaik dengan markah 96.😊 

Izzatul dapat 2 anugerah. 

Ke 3 terbaik dalam kelas. Dia dapat nombor 1 dalam kelasnya. 

10 Terbaik dalam darjah. Daripada 10 orang Terbaik, dia di tangga ke 3. 

Alhamdulillah.😊 memang pengorbanan kami anak-beranak untuk tahun ni, sangat berbaloi. 

Satu momen paling best untuk penutup tahun 2017 ni. Sebab kali pertama dorang naik pentas terima anugerah. 

Tiada jalan pintas. Hanya konsisten belajar, latih tubi dan ulangkaji ikut jadual belajar.