HIKMAH SABAR MENANTI

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin adalah anak jati Pahang. Berkahwin dengan datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (datuk K), yang berasal dari Kedah.

Mereka berkahwin pada tarikh 21 Ogos 2006, mengambil tarikh tersebut sebagai ulang tahun perkahwinan yang ke-30 tahun kepada kedua ibu bapa datuk Siti.

Semasa itu, datuk Siti berumur 27 tahun manakala datuk K berumur 47 tahun.

Pada penghujung tahun 2015, datuk Siti pernah alami keguguran, ketika usia kandungan nya berusia 2 bulan.

Pada ketika itu, umur datuk Siti 36 tahun. Memandangkan umur beliau semakin meningkat, beliau berusaha untuk kali ke-3 menjalani rawatan In Vitro Fertilization (IVF).

Bermakna, beliau telah menjalani rawatan IVF ni sebanyak 2 kali namun, tidak berhasil.

Alhamdulillah, dengan percubaan kali ke-3 ini, beliau pada usia 39 tahun disahkan hamil.

Dalam tempoh rawatan itu, beliau terpaksa duduk dalam bilik selama 3 bulan bagi mengelakkan banyak bergerak.

Hatta turun naik tangga dalam rumahnya, datuk K dukung atau angkat beliau menggunakan kerusi roda.

Selain elakkan beliau banyak bergerak, datuk K sangat berasa kasihan melihat beliau yang sangat berhati-hati apabila menuruni atau menaiki tangga dalam rumah.

Sebab beliau berjalan bongkok atau pun sangat lambat menaiki atau menuruni tangga demi menjaga kandungan dalam rahimnya.

Selepas kandungan beliau berusia 4 bulan, baru lah beliau dapat bergerak dengan sempurna.

Menurut beliau, rawatan IVF ada beberapa peringkat dan Alhamdulillah, beliau dapat melalui peringkat demi peringkat rawatan tersebut dengan baik.

Sebab itu adalah saranan daripada doktor pakar yang memberikan nya rawatan IVF, supaya rehatkan emosi, jangan stress dan tidak boleh banyak bergerak. 

Sangat berbaloi dengan penantian beliau selama 11 tahun untuk dapatkan zuriat. 

Pendakwah bebas, Adam Corrie Lee Abdullah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Adam, berasal dari Pulau Pinang. 

Berkahwin dengan seorang pereka grafik, Fazema Mohd. Fuad. 

Mereka berkahwin pada tarikh 21 November 2008.

Terlebih dahulu, Adam telah memeluk Islam pada tarikh 13 Julai 2007. 

Beliau berasal daripada keluarga Cina yang menganuti agama Buddha. 

Dalam tempoh perkahwinan mereka, Fazema atau lebih mesra dipanggil Fazi, telah hamil sebanyak 3 kali. 

Kehamilan kali ke-4 ini, Fazi hamil anak kembar. 

Namun, pada usia kandungan hampir 2 bulan, berlaku pendarahan yang berbulan-bulan lamanya. 

Sehingga lah bulan ke-4, pendarahan itu berhenti. 

Seorang anak kembarnya, tidak dapat diselamatkan. 

Bermakna, semua anak syurga Fazi, 4 orang semuanya.

Dalam masa yang sama, Fazi berulang-alik jumpa doktor untuk pastikan kandungan seorang lagi itu selamat dan sihat.

Mereka suami isteri sangat tabah.

Kini, Fazi hamil kali ke-4 dengan usia kandungan 5 bulan. Dijangka akan bersalin pada Julai depan.

Meskipun pada umurnya telah mencecah 40 tahun manakala Adam berumur 50 tahun. Belum terlambat untuk mereka dapat zuriat sendiri. 

Fazi berkata, tiada apa tip atau rahsia untuk ikhtiar hamil. Kerana ramai yang private message dia di laman sosial untuk bertanyakan hal itu.

Apa yang Fazi katakan, dari segi kesihatan, segeralah berjumpa doktor pakar. Jangan bertangguh, supaya dapat dikenal pasti masalah kesihatan. 

Oleh itu, suami-isteri kena buat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan kesihatan yang baik mengikut saranan doktor.

Selain itu, Fazi juga berkongsi doa yang mereka suami isteri amalkan sejak awal perkahwinan mereka lagi.

Doa itu diberikan oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.

Surah Ali-Imran ayat 38 :

“Wahai Tuhanku, kurniakan lah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik.”

Yang menarik komentar daripada Adam sendiri yang berbunyi :

“Allah dah bagi kami berbulan madu 10 tahun, Inshaa ALLAH kelak ber-3 pula.”

Komentar Fazi pula :

“Jadikan setiap ujian itu sebagai hadiah dan kasih sayang dari Allah kepada kita.”

“Ujian untuk kumpul pahala. Paling penting, suami isteri sentiasa berkasih sayang.”

Dengan 3 kali keguguran, sangat berbaloi untuk Fazi menanti selama 10 tahun untuk dapat zuriat.

Justeru, siapa kita untuk menghakimi zuriat orang lain.

Masing-masing dengan ujian kehidupan.

Ada diuji zuriat tiada namun, punya suami yang penyayang, keluarga yang mengambil berat dan kawan-kawan baik di sekeliling.

Ada diuji zuriat berderet namun, punya suami life style bujang, konflik dengan keluarga sebelah suami, kawan-kawan yang hipokrit.

Apa pun kenampakan, kedengaran apa lagi ketahuan, ambil ibrah.

Jadilah sebagai daun pandan. Sentiasa mewangi walau dikeji, dicaci mahupun dibenci.

#MummyOhsem

FB : Kasmah Pangagah

Leave a comment