TIP MENULIS DI FACEBOOK 

​Menulis di dinding muka buku, pastikan perkataan itu ditulis dalam huruf yang penuh.

Penggunaan ringkasan huruf akan beri kesan pada engagement posting kita.

Hatta orang menulis huruf penuh pun, ramai pembaca mentafsir nya daripada pelbagai aspek.

Misalnya, penulis menulis dengan matlamat A. Namun, pembaca Y dapat B. Pembaca Z dapat C.

Bagaimana pula dengan tulisan yang diringkaskan hurufnya? Sangat rendah kebarangkalian nya, untuk menepati sasaran nya. 

Tulisan huruf yang diringkaskan, mencederakan posting di dinding muka buku.

Sebab itu, sangat wajar untuk menulis di dinding muka buku ini, dalam huruf penuh. 

Selain manfaat tulisan itu tepat ke sasaran busur nya, ia juga mencerminkan karakter penulis itu sendiri.

Orang yang menulis dalam huruf penuh, seorang yang teliti, fokus dan berhati-hati dalam setiap tindakan nya.

Manakala pembeli yang bijak, akan dapat menilai daripada tulisan dan lenggok bahasa peniaga.

Buat yang umum, sangat mudah mereka fahami dan menarik perhatian untuk sampai ke titik akhir kata, jika kena topik nya. 

Meski pun, laras bahasa dalam posting di dinding muka buku ini, perlu santai dan bersahaja. 

Namun, tidak bermakna kita ringkaskan huruf. 

Bahasa santai adalah bahasa yang mudah difahami oleh semua peringkat umur. 

Bahasa bersahaja, bahasa perbualan oleh semua peringkat umur. 

Bukan nya bahasa santai dan bersahaja itu dengan meringkaskan huruf dalam satu perkataan. 

Kesan buruk apabila meringkaskan huruf dalam perkataan untuk menulis di dinding muka buku :

# – 1 – sasaran kurang tepat

Kita mahu menembak rusa, namun yang tertembak kijang. 

Apabila tertembak kijang, kijang itu belum tentu kita makan sebab kita mahu makan daging rusa. 

# – 2 – engagement rendah

Sebagai peniaga di alam maya, sangat penting kuasa tiga segi bermuda ini LKS. 

Ini salah satu penanda aras, sama ada kita menulis menepati rasa pembaca atau menepati rasa diri. 

# – 3 – cermin karakter 

Orang lain boleh menilai karakter daripada tulisan kita. 

Bila menulis dalam ringkasan huruf, nampak kita kurang teliti. Mahu cepat sahaja, asalkan menulis. 

Bisnes nya pun lebih kurang sama. Janji licin stok. 

Apa kita perbuat, saling berkait rapat. Peribadi dan bisnes bagai dakwat dengan kertas. 

Leave a comment