TIP BAGAIMANA FOKUS DALAM BELAJAR

Bagi mengukuhkan lagi sikap disiplin anak, dalam menelaah pelajaran semasa berada di rumah, pastikan kondisi persekitaran yang bersifat kondusif.

Hal ini sangat penting untuk dirangkumi bersama aspek yang lain, yang kita telah kenal pasti bagi tujuan kelancaran pembelajaran anak semasa berada di rumah.

Pastikan, faktor pencahayaan yang sewajarnya. Tidak terlalu terang mahupun suram bagi yang menggunakan cahaya daripada penggunaan lampu.

Jikalau pula menggunakan cahaya semulajadi melalui sinaran cahaya matahari dan alam sekeliling pada waktu siang, pastikan pengudaraan yang baik.

Misalnya, meja belajar itu berdekatan dengan tingkap bilik ataupun tingkap bilik tersebut dibuka agar berlaku aliran pengudaraan yang baik.

Boleh juga, gunakan balkoni atau halaman rumah yang ada perabot asas untuk mengulangkaji pelajaran seperti meja dan kerusi.

Pada waktu malam pula, boleh gunakan meja belajar yang disediakan dalam bilik anak masing-masing.

Namun, bagi yang bersekolah rendah, adalah lebih baik mengulangkaji pelajaran di ruangan meja makan. Waima, yang bersekolah menengah seeloknya belajar di ruangan meja makan sahaja.

Hal ini bertujuan, mengelakkan anak terpesong daripada matlamat utama iaitu, mengulang kaji pelajaran.

Jika belajar solo di dalam bilik, tanpa pantauan ibu bapa, banyaknya berbuat hal sampingan.

Bermain gajet secara senyap, mahupun bermain tingting sesuka hati.

Didorong lagi dengan panggilan tilam di penjuru bilik tersebut, memang risiko tewas itu sangat tinggi.

Berduduk, kemudian berbaring, akhirnya berdengkur.

Oleh sebab itu, pastikan dahulu akarnya, baharu kita dapat pastikan tanah yang mana satukah yang sesuai untuk bertumbuh.

Sama ada tanah liat, tanah kebun ataupun tanah pasir.

Leave a comment