TERUSKAN BERBUAT KEBAIKAN

Setiap daripada makhluk Allah ciptakan saling melengkapi.

Tiada siapapun yang sempurna, melainkan Dia yang Maha Sempurna.

Bagaimana kita saling melengkapi dan berbagi rasa seterusnya mengasihi sesama makhluk.

Selalu mengingat mati dikala berbaring pada posisi tidur, pasti menjinakkan hati yang keras.

Hati yang tenat dan nazak dengan sifat mazmumah, yang penyebab membusutnya kontena dosa dek hati yang berkarat, berabad lamanya.

Setiap daripada kita, sangat mampu menjadi baik kerana itulah fitrah manusia, suka pada kebaikan.

Selama manapun berbuat kejahatan, pasti pada satu titik yang bertindih akan, melakukan pusingan untuk kembali kepada fitrah manusia.

Kedamaian, ketenangan, kebahagiaan.

Mahirilah apa yang kita miliki daripada bakat yang Allah Beri, kemudian asahnya menjadi tajam setajam bilah mata pedang, yang mampu memberi sinar kilauannya tanpa mengira hujan atau panas, gelap atau terang.

Di saat itu, kita tidak akan pernah berkira sama ada kita perbuat itu mendapat imbuhan dunia kerana kita hanya fokus untuk imbuhan akhirat, memberi tanpa henti, tanpa diganti.

Banyaknya pilihan dalam genggaman jari-jemari kita yang mulus itu, untuk memberi dengan lenggok tari berinovasi dalam memberi.

Lisan dan perbuatan, mahirkan sahaja mana satu yang sebati. Kemudian mazmumah yang lain itu pasti menuruti yang mahmudah itu.

Bila mana mazmumah itu kekal sahaja, meski yang mahmudah itu berabad dibuati, pastinya ada terabak pada mahmudah itu.

Boleh saja, niatnya belum maksimum Lillahi Ta’ala.

Kalau pula tidak, merai perhatian sesama makhluk. Ikhlasnya sipi.

Dambai pujian orang ramai.
Banggai pangkat dianugerahi.
Membongkak harta dan jualan mencanak.

Pasakkan Lillahi Ta’ala dalam apa jua kita perbuati, buatkan kita tidak akan pernah lelah, mengah, tercungap cungap keletihan dalam berbuat kebaikan.

Like sedikit atau membukit, tenang sahaja. Perbaiki olahan posting.

Jualan sendu atau menderu, tenang sahaja. Teruskan rutin di samping kalimah bertali arus, ‘Segala Puji Bagi Allah.’

Kawan tikam terus mahupun sahabat cucuk serong, tenang sahaja. Berpada-pada sesama makhluk, waima pasangan.

Orang menjaja aib kita yang tidak tahu menjadi tahu, tenang sahaja. Setiap manusia ada aib, sama ada ketahuan, kenampakan atau kedengaran sahaja atau tidak.

Berjuta kebaikan diperbuat, satu kesalahan pasti meranapi semuanya. Tenang sahaja. Malaikat Raqib sentiasa mencatat di sisi sebagai bahan bukti pada Hari Perhitungan kelak.

Selama mana nafas berdetak, selagi itu tugas kita berbuat dan sebarkan kebaikan waima sekecil hama sekalipun.

Kerana kebaikan yang kita perbuati itu, adalah mata wang yang kita busutinya meninggi sebagai tukaran mata wang asing buat kita di akhirat kelak.

#MO

Leave a comment